BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 22, 2012

Persekitaran,Perhubungan dan Perasaan

Dah lama aku simpan tajuk yang aku tulis ni..aku type kemudian backspace..aku taip lagi dan backspace lagi..sebenarnya aku tak ingin tulis dalam keadaan hormon estrogen aku tak stabil..sebab ia akan mempengaruhi apa yang ingin aku sampaikan..mungkin aku akan mengarut,marah2,dan bersikap tidak adil..entry ini mungkin panjang berjela..semoga sampai apa yang dimaksudkan..


persekitaran bagi aku adalah suasana..dan persekitaran banyak memainkan peranan dalam membentuk diri kita.. siapa aku dan siapa engkau harini..

aku tidak dilahirkan dalam persekitaran ataupun suasana mewah..

mungkin itu sebabnya aku tidak terlalu peduli tentang di saat orang lain sedang sibuk membelek ipad mereka ,iphone mereka,online dengan blackberry mereka,snap sana sini dengan kamera 32 mp mereka, aku
masih membawa nokia buruk ini ke mana2..

asalkan aku tidak kebulur macam yang berlaku pada sesetengah tempat..
bukankah itu lebih baik? sebab aku tahu meskipun aku melolong dengan iphone,ipad,aku tak akan
dapat tengok wajah kekasih hati nun di kelantan.. dan tidak mungkin untuk aku membeli 4 biji iphone supaya
aku dan mereka boleh menatap wajah masing2.

mungkin satu hari aku teringin bila aku benar2 mampu..

kesusahan telah bnyk mengajar aku dari kecil.. supaya tahu erti susah mencari duit,supaya tahu erti
lelah mencari nafkah, supaya aku lebih berusaha untuk kesenangan di masa depan. Orang yang membesar dalam persekitaran penuh mewah tak akan rasa semua tu. mereka mengendeng ke sana sini dengan barang2
berharga mereka sebab mereka dibesarkan oleh persekitaran itu..
tidak!bukan salah mereka.. mereka hanya mangsa persekitaran..



perhubungan adalah satu ikatan.. ikatan kekeluargaan,persahabatan,dan ikatan cinta..

bukan bermakna dua manusia tapi melibatkan dunia..

sama ada kau faham maksud ikatan itu untuk kau lebih menghargai atau kau sekadar menjalinkan ikatan untuk satu tempoh kemudian beralih kepada hubungan yang lain

aku blh jamin antara perhubungan dia atas,perhubungan kekeluargaan adalah ikatan yang paling kuat.

dan adakah kau lupa kita punya satu lagi perhubungan yang tidak mampu ditakrifkan oleh mata kasar mahupun kuasa alam semesta? ..ya.. hubungan antara kita dengan Allah s.w.t...

dan perasaan..

ak takrifkan perasaan sebagai sesuatu yang unik,yang orang lain tak mampu faham walaupun beribu kali kau ungkap..

aku marah tapi orang tidak tahu bagaimana bentuk marah aku tu..

aku sayang dan suka..tapi orang tak boleh lihat bagaimana rupa suka dan sayang tu..

aku gembira tapi seluas mana kegembiraan itu,orang tak mampu tafsir..

dan bila aku berduka,orang tak dapat mengira sebanyak mana air mata tumpah atas nama kesedihan.. sebab tulah perasaan itu bagi aku adalah subjektif..


menurut pandangan aku yang tak perlu orang lain ambil kira kalau tak setuju,persekitaran kadang kala merubah perasaan dan menyebabkan putusnya satu hubungan ..

pernah baca berita tentang anak yang dari kecil ditatang,dimandi,dijaga penuh rapi akhirnya membuang ibu
bapa sendiri tanpa rasa dan hati..cuba fikir kenapa? sebab persekitaran merubah diri mereka..

dari hanya berkampungkan tempat yg dia hanya bergerak di atas tanah bukan bertar tanpa berselipar, hingga ke negara 4 musim menjanjikan semua harta dunia depan mata.. berapa kerat yang akan begitu kuat untuk kembali ke jalan tanah merah tak bertar itu? kalau tak,tak akan ada peristiwa seperti di atas..

perempuan cantik ayu bertudung sampai ke lutut kalau boleh, tiba2 berganti rambut semua jenis warna terkinja 2 di bandar besar siang malam lupa adat dan budaya,l upa yang maha Pencipta..

remaja lelaki yang dulu hanya tahu melepak di kedai makan, kedai mamak hitam,hanya kenal teh tarik tiba2 tahu bagaimana rupa hiasan dalaman sebuar bar,disko atau whatevet shit diorang panggil sampai tertukar warna antara arak dan coke, tertukar mana satu wine dengan ribena..

kau rasa siapa yang merubah mereka?

keadaan? takk.. bagi aku persekitaran yang merubah mereka.. persekitaran yang memerlukan mereka adapt
dengan tempat baru dan orang2 baru lah konon2 nya..

persekitaran yang buat mereka pertaruhkan diri dan masa depan mereka sendiri..

persekitaran merubah perhubungan dengan Tuhan.. kalau kecil2 dulu,mak ayah ajar mengaji
quran,menyebut perkataan baik2, tapi jauh sikit je dari tempat membesar,sumpah seranah tu pelengkap ayat

aku tak mengata orang lain tapi atas dasar ada yang berlaku kepada diri aku sendiri..

cumanya,ak masih waras untuk tahu yang mana dibenarkan dan yang mana tak patut aku ungkapkan.. percayalah iman kau tak akan cukup kuat berada di tempat orang berbanding di ruma di mana ibu aku 24 jam membebel pasal kewajipan aku dengan Tuhan..bukan tak buat tapi terbiasa melambat2 kan

orang kata,kalau kau berkawan dengan malaikat, baiklah jadinya. tapi jika kau bercampur dengan syaitan, itu lah jadinya.. persekitaran mempengaruhi modal insan yang ada dalam diri kau

kau dengar cerita baru2 ni seorang lagi perempuan melayu berkahwin di gereja dengan seorang lelaki bekas
anak perdana menteri..

bukan anak perdana menteri yang jadi persoalan,tapi si lelaki yang tentunya bukan islam..

keadaankah yang memaksa perempuan itu membelakangi agama dia sendiri? takk.. persekitaran yang merubah dia.. persekitaran di mana dia sedang berada..


dan..perhubungan yang melibatkan dua manusia..lelaki dan perempuan..

dari perkenalan pertama bermula hanya muka kau dan dia..tak ada siapa di antara kau berdua..

tiba2 kau tercampak di sini dan dia di sana..berbeza dunia..

selama ni depan mata,kini berjauhan beribu ela..dia mula berteman air mata kerana rindunya..curiga dia di mana2..

pada fikirannya,macam mana dia nak tunjuk dia masih sayang dan suka sedangkan melihat kau pun sekali sekala..

macam mana ketika itu dia mahu kau rasa dia masih sama..dan kau semakin tidak berdaya..menolak segala kekusutan yang melanda korang berdua..

hari2 masalah sama..kau rasa kau tidak mampu penuhi apa yang dia minta..bukan macam dahulu
kala..

sedangkan dia hanya mahu kau tahu hati dia hanya curiga..bukan kurangnya rasa.. bimbang kau berpaling dari dia..
akhirnya kau kata dia yang berubah,dia pula kata kau yang berubah..

kau rasa dia mahu ke lihat kau berubah?kau rasa dia berubah kerana keadaan? takk.. kerana persekitaran yang tak sama dan berbeza..curiga dia kerana persekitaran,kekusutan kau juga kerana persekitaran..

mungkin sesetengah nya kerana kau bertemu dengan orang baru di persekitaran yang baru..mungkin juga kau melihat dunia baru di persekitaran yang baru...

bukan salah kau dan dia..itu lumrah dunia..salahnya kau dan dia xtahu macam mana nak hadapinya
bersama..

semuanya datang pada satu masa..tapi,macam aku kata,perasaan tu subjektif..tak siapa boleh ukur.tak siapa mampu rasa


aku bukan mengata semua..bagi aku,hanya mereka yang kental,yang faham apa itu perhubungan antara
manusia dengan manusia,yg tak akan binasa kerana masa dan persekitaran dunia.

berubah lah dari dua musim ke empat musim sekalipun.dari hijaunya bumi ke kuningnya warna daun, perhubungan dan perasaan tu tetap sama..

ada je kenalan aku yang berhijrah jauh dari bumi Malaysia tapi masih kekalkan adat budaya..

ada je kenalan aku yang masuk tahun ni dah 4 tahun dia merantau,tapi homesick tu xde sape boleh lawan..

ad je kawan aku yang dari kelantan,yang kau kata mundur tu belajar di KEY EIL,tapi masih kepala dia colorful dengan tudung berbagai warna..

ada saja kenalan aku yang dulu xkenal sejadah tapi bila berhijrah bukan saja tempat tapi diri juga turut berhijrah..harus lah ke arah kebaikan kan..

ada je kenalan aku yang masih bersama.walaupun berjauhan beribu batu jaraknya..tapi masih berpegang janji yang sama..

dan ada juga kawan yang dulunya diam tak berkata tapi sekarang perempuan di tepi bertukar rupa..banyak..


dan bagi aku juga,hanya manusia yang jiwanya kuat dan tabah,yang masih tahu asal usul mereka, yang sentiasa berpijak di bumi nyata saja boleh tahan dengan perubahan persekitaran tanpa dia terjebak dalam perubahan negatif tersebut melainkan ada sesuatu yang memaksa dia berubah.. dan itu aku klasifikasikan sebagai keadaan yang memaksa bukan kerana persekitaran..
tapi,berapa kerat saja yang mampu lawan godaan dunia dan manusia?

aku?mungkin ada yang telah berubah dan ada yang masih kekal cuma setakat ni aku masih tahu sejauh mana batas perubahan yang perlu ak buat...kau pula bagaimana?... 

~salam~

0 komen: