BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, April 30, 2012

sebabnya tak bersebab

R:tapi kenapa ='(
I:tak ada sebab..
R:kenapa perlu tinggalkan saya..saya nak tahu sebab nya..apa salah saya?
I:sebagaimana saya pernah mencintai awak tanpa sebab,bila perasaan ini dah hilang pun tak perlukan sebab..

itulah manusia..

p/s:tak ade kaitan dengan diri sendiri atau sesiapa..sekadar berkongsi cerita



Friday, April 27, 2012

Bersih..

aku tak nak komen banyak pasal bersih..

ada 12 orang yang aku kenal yang aku tahu p perhimpunan tu...semoga di bawah lindunganNYA..jangan bimbang..kalau apa yang anda perjuangkan benar,Allah akan permudahkan..semoga xde pape buruk yang berlaku ke atas mereka..

Thursday, April 26, 2012

hormone

eh,hormone xstabil,sila pergi main jauh2..

datang balik bila perlu...

ipoh ada funfair,rasa nak main merry-go-round je..

rasa nak terbang jauh je..






Wednesday, April 25, 2012

doktor perasan bagus!

berhari2 sudah terlantar di katil selepas balik kelas..terlantar sebab gastritis..orang melayu kata perut gastrik..lately ni,masuk je makanan,keluar balik..pedih aihh perut..

pagi tadi kelas dengan dr subra..he is really a nice person ..he's like ayah2 punya style..he call us baby 'hey baby ,come..lets see your patient' 'baby,u are doing wrong'..sejuk telinga mendengarnya..so,i call him doctor baby2..turn aku yang kena present case..my case was 'anorectal cancer'..obviously aku kena buat per rectal examintaion which i wrote about it few days back..haruslah tu adalah pertama kali..dan pertama kali aku buat whole examination..terima kasih to my partner,inder..

i was quite happy..dalam presentation aku,positive finding aku adalah bila aku palpate abdomen dia,ada mass..dan bila buat per rectal,ada darah dan macam ad ketumbahan dalam anus patient tu..tapi masalahnya bila doctor palpate,dia xjumpa mass tu..aku dah cuak sebab semalam siyes ad..besar kot..10X3 cm kot..lepas tu aku palpate,then.jumpaaaaa..aku gembira gila bila doctor agree tu adalah mass..sebab mak cik ni xboleh berak sebab dia pedih kat bahagian anus bontot,jadi najis tu terkumpul dalam perut dia..at least,ak buat something berguna la..dan terasa berbaloi bila doctor kata 'u did quite good'..susah woo nk dapat pujian macam tu..dah la d day before susah gila nak cari patient..yela,kitorang ni medical student je..so,kadang2 patient ad yang xnak bagi kerjasama..mmg buat aku annoying sangat..

then,aku dah lapar sangat..on the way balik kolej nkg cafe.ak singgah la ACC sebab nak tengok endoscopy..endoscopy ni secara mudah nya tengok dalam badan guna alat dia la senang..sama ada ikut mulut atau dari bawah..yang aku nak cerita,masa aku sampai diorang tengah ada case..ak datang masa diorang tengah set up barang2 sampai habis procedure tu..kitorang kena mintak sign..tapi,punya la hamla doctor perempuan ni..

masa kitorang greet dia mula2,dh la dia buat tak layan..lepas tu dia dah start marah2,bambu2 maki2 kitorang..aii,aku memang dah panas gila dengan dia..marah2 kalau kitorang salah xpe jgk..ni sebab nk mntk sign untuk benada yang mmg kitorang buat!..satu lagi kalau marah2 suara slow down xpe jugak..ni satu bilik tu boleh dengar suara dia macam hantu tu..dia ingat dia mak aku ke apa?bg ak it's a part of learning la kan bila kena marah..tapi,kena maki hamun for unnecessary thing mcm tu,memang kuangjaq jgk la..mentang2 la aku ni student je..aku blah mmg malu gilak bila semua orang pandang..sumpah rosak mood aku harini..nangis jugak la bawah selimut..gila sedih kot..brutal2 pun,aku ada perasaan jugak..aku jenis tak boleh orang naikkan suara,sama ada aku naik suara jugak atau aku rasa down gila..aih,kalau budak2 macam tu,memang kena panampaq sbijik katt mulut bia diam

dengan sakit perut yang tak berhenti..kadang2 ad,kadang2 tak ni tambah dengan kena macam tu,mmg aku rasa down gila harini..spoil gila mood nak study..dah la exam lusa..

p/s:aku selalu ingatkan diri aku bila ak dah berjaya dapat title doctor tu td,jangan sombong..pandang orang baru dari aku as a human..xsemestinya kau nak mengajar kena tengking2,marah2.. be professional..memang kalau ikut hati,ak cari kereta dia pancitkan tayar..

Tuesday, April 24, 2012

Aku nak jadi puteri

dulu kecik2, bila orang tanya cita2 aku nak jadi apa,aku cakap nak jadi cashier..tapi,kalau orang tanya aku nak jadi apa..aku nak jadi tuan puteri..macam la semakin aku dewasa,semakin menjadi seorang puteri..


sebab aku rasa jadi seorang puteri buat aku terlepas dari sebarang kekecewaan dan kesedihan..yelah,sape boleh sakitkan hati seorang puteri,ye dak?gila la..

Sunday, April 22, 2012

Persekitaran,Perhubungan dan Perasaan

Dah lama aku simpan tajuk yang aku tulis ni..aku type kemudian backspace..aku taip lagi dan backspace lagi..sebenarnya aku tak ingin tulis dalam keadaan hormon estrogen aku tak stabil..sebab ia akan mempengaruhi apa yang ingin aku sampaikan..mungkin aku akan mengarut,marah2,dan bersikap tidak adil..entry ini mungkin panjang berjela..semoga sampai apa yang dimaksudkan..


persekitaran bagi aku adalah suasana..dan persekitaran banyak memainkan peranan dalam membentuk diri kita.. siapa aku dan siapa engkau harini..

aku tidak dilahirkan dalam persekitaran ataupun suasana mewah..

mungkin itu sebabnya aku tidak terlalu peduli tentang di saat orang lain sedang sibuk membelek ipad mereka ,iphone mereka,online dengan blackberry mereka,snap sana sini dengan kamera 32 mp mereka, aku
masih membawa nokia buruk ini ke mana2..

asalkan aku tidak kebulur macam yang berlaku pada sesetengah tempat..
bukankah itu lebih baik? sebab aku tahu meskipun aku melolong dengan iphone,ipad,aku tak akan
dapat tengok wajah kekasih hati nun di kelantan.. dan tidak mungkin untuk aku membeli 4 biji iphone supaya
aku dan mereka boleh menatap wajah masing2.

mungkin satu hari aku teringin bila aku benar2 mampu..

kesusahan telah bnyk mengajar aku dari kecil.. supaya tahu erti susah mencari duit,supaya tahu erti
lelah mencari nafkah, supaya aku lebih berusaha untuk kesenangan di masa depan. Orang yang membesar dalam persekitaran penuh mewah tak akan rasa semua tu. mereka mengendeng ke sana sini dengan barang2
berharga mereka sebab mereka dibesarkan oleh persekitaran itu..
tidak!bukan salah mereka.. mereka hanya mangsa persekitaran..



perhubungan adalah satu ikatan.. ikatan kekeluargaan,persahabatan,dan ikatan cinta..

bukan bermakna dua manusia tapi melibatkan dunia..

sama ada kau faham maksud ikatan itu untuk kau lebih menghargai atau kau sekadar menjalinkan ikatan untuk satu tempoh kemudian beralih kepada hubungan yang lain

aku blh jamin antara perhubungan dia atas,perhubungan kekeluargaan adalah ikatan yang paling kuat.

dan adakah kau lupa kita punya satu lagi perhubungan yang tidak mampu ditakrifkan oleh mata kasar mahupun kuasa alam semesta? ..ya.. hubungan antara kita dengan Allah s.w.t...

dan perasaan..

ak takrifkan perasaan sebagai sesuatu yang unik,yang orang lain tak mampu faham walaupun beribu kali kau ungkap..

aku marah tapi orang tidak tahu bagaimana bentuk marah aku tu..

aku sayang dan suka..tapi orang tak boleh lihat bagaimana rupa suka dan sayang tu..

aku gembira tapi seluas mana kegembiraan itu,orang tak mampu tafsir..

dan bila aku berduka,orang tak dapat mengira sebanyak mana air mata tumpah atas nama kesedihan.. sebab tulah perasaan itu bagi aku adalah subjektif..


menurut pandangan aku yang tak perlu orang lain ambil kira kalau tak setuju,persekitaran kadang kala merubah perasaan dan menyebabkan putusnya satu hubungan ..

pernah baca berita tentang anak yang dari kecil ditatang,dimandi,dijaga penuh rapi akhirnya membuang ibu
bapa sendiri tanpa rasa dan hati..cuba fikir kenapa? sebab persekitaran merubah diri mereka..

dari hanya berkampungkan tempat yg dia hanya bergerak di atas tanah bukan bertar tanpa berselipar, hingga ke negara 4 musim menjanjikan semua harta dunia depan mata.. berapa kerat yang akan begitu kuat untuk kembali ke jalan tanah merah tak bertar itu? kalau tak,tak akan ada peristiwa seperti di atas..

perempuan cantik ayu bertudung sampai ke lutut kalau boleh, tiba2 berganti rambut semua jenis warna terkinja 2 di bandar besar siang malam lupa adat dan budaya,l upa yang maha Pencipta..

remaja lelaki yang dulu hanya tahu melepak di kedai makan, kedai mamak hitam,hanya kenal teh tarik tiba2 tahu bagaimana rupa hiasan dalaman sebuar bar,disko atau whatevet shit diorang panggil sampai tertukar warna antara arak dan coke, tertukar mana satu wine dengan ribena..

kau rasa siapa yang merubah mereka?

keadaan? takk.. bagi aku persekitaran yang merubah mereka.. persekitaran yang memerlukan mereka adapt
dengan tempat baru dan orang2 baru lah konon2 nya..

persekitaran yang buat mereka pertaruhkan diri dan masa depan mereka sendiri..

persekitaran merubah perhubungan dengan Tuhan.. kalau kecil2 dulu,mak ayah ajar mengaji
quran,menyebut perkataan baik2, tapi jauh sikit je dari tempat membesar,sumpah seranah tu pelengkap ayat

aku tak mengata orang lain tapi atas dasar ada yang berlaku kepada diri aku sendiri..

cumanya,ak masih waras untuk tahu yang mana dibenarkan dan yang mana tak patut aku ungkapkan.. percayalah iman kau tak akan cukup kuat berada di tempat orang berbanding di ruma di mana ibu aku 24 jam membebel pasal kewajipan aku dengan Tuhan..bukan tak buat tapi terbiasa melambat2 kan

orang kata,kalau kau berkawan dengan malaikat, baiklah jadinya. tapi jika kau bercampur dengan syaitan, itu lah jadinya.. persekitaran mempengaruhi modal insan yang ada dalam diri kau

kau dengar cerita baru2 ni seorang lagi perempuan melayu berkahwin di gereja dengan seorang lelaki bekas
anak perdana menteri..

bukan anak perdana menteri yang jadi persoalan,tapi si lelaki yang tentunya bukan islam..

keadaankah yang memaksa perempuan itu membelakangi agama dia sendiri? takk.. persekitaran yang merubah dia.. persekitaran di mana dia sedang berada..


dan..perhubungan yang melibatkan dua manusia..lelaki dan perempuan..

dari perkenalan pertama bermula hanya muka kau dan dia..tak ada siapa di antara kau berdua..

tiba2 kau tercampak di sini dan dia di sana..berbeza dunia..

selama ni depan mata,kini berjauhan beribu ela..dia mula berteman air mata kerana rindunya..curiga dia di mana2..

pada fikirannya,macam mana dia nak tunjuk dia masih sayang dan suka sedangkan melihat kau pun sekali sekala..

macam mana ketika itu dia mahu kau rasa dia masih sama..dan kau semakin tidak berdaya..menolak segala kekusutan yang melanda korang berdua..

hari2 masalah sama..kau rasa kau tidak mampu penuhi apa yang dia minta..bukan macam dahulu
kala..

sedangkan dia hanya mahu kau tahu hati dia hanya curiga..bukan kurangnya rasa.. bimbang kau berpaling dari dia..
akhirnya kau kata dia yang berubah,dia pula kata kau yang berubah..

kau rasa dia mahu ke lihat kau berubah?kau rasa dia berubah kerana keadaan? takk.. kerana persekitaran yang tak sama dan berbeza..curiga dia kerana persekitaran,kekusutan kau juga kerana persekitaran..

mungkin sesetengah nya kerana kau bertemu dengan orang baru di persekitaran yang baru..mungkin juga kau melihat dunia baru di persekitaran yang baru...

bukan salah kau dan dia..itu lumrah dunia..salahnya kau dan dia xtahu macam mana nak hadapinya
bersama..

semuanya datang pada satu masa..tapi,macam aku kata,perasaan tu subjektif..tak siapa boleh ukur.tak siapa mampu rasa


aku bukan mengata semua..bagi aku,hanya mereka yang kental,yang faham apa itu perhubungan antara
manusia dengan manusia,yg tak akan binasa kerana masa dan persekitaran dunia.

berubah lah dari dua musim ke empat musim sekalipun.dari hijaunya bumi ke kuningnya warna daun, perhubungan dan perasaan tu tetap sama..

ada je kenalan aku yang berhijrah jauh dari bumi Malaysia tapi masih kekalkan adat budaya..

ada je kenalan aku yang masuk tahun ni dah 4 tahun dia merantau,tapi homesick tu xde sape boleh lawan..

ad je kawan aku yang dari kelantan,yang kau kata mundur tu belajar di KEY EIL,tapi masih kepala dia colorful dengan tudung berbagai warna..

ada saja kenalan aku yang dulu xkenal sejadah tapi bila berhijrah bukan saja tempat tapi diri juga turut berhijrah..harus lah ke arah kebaikan kan..

ada je kenalan aku yang masih bersama.walaupun berjauhan beribu batu jaraknya..tapi masih berpegang janji yang sama..

dan ada juga kawan yang dulunya diam tak berkata tapi sekarang perempuan di tepi bertukar rupa..banyak..


dan bagi aku juga,hanya manusia yang jiwanya kuat dan tabah,yang masih tahu asal usul mereka, yang sentiasa berpijak di bumi nyata saja boleh tahan dengan perubahan persekitaran tanpa dia terjebak dalam perubahan negatif tersebut melainkan ada sesuatu yang memaksa dia berubah.. dan itu aku klasifikasikan sebagai keadaan yang memaksa bukan kerana persekitaran..
tapi,berapa kerat saja yang mampu lawan godaan dunia dan manusia?

aku?mungkin ada yang telah berubah dan ada yang masih kekal cuma setakat ni aku masih tahu sejauh mana batas perubahan yang perlu ak buat...kau pula bagaimana?... 

~salam~

Friday, April 20, 2012

sorry for inconvenient word 'bastard'..i was mad..really i was..

but yeahh,some of them only..

Tuesday, April 17, 2012

another besties..

this post is specially dedicated to SHA,ANGAH and K.LINA.

well,i've known angah and sha since last year when we first met during our second year..lepas tu we all mula rapat bila MITC posting last October..mula2 macam tu je..then,at one time,i went to see angah. i cried in  front of angah like a cry baby sebab satu sebab..then,angah help me out of the problem..termasuk la sha sekali..then masa psychiatry posting,kitorang dah rapat..angah will pick me and sha up every morning untuk pergi hospital ulu kinta until sha has her own car..melalui angah,i get to know kak lina which one of staff kat my college..

three of them sangat la baik,sincere,dan apa2 masalah,tak pernah diorang tak dapat settle kan untuk aku..k.lina yang macam sangat gila sporting,angah yg paling cool,and sha is like a sister to me..
btw,sha is 2 years older than me..angah 4 years older and k.lina this year is 29 years old..tapi,perangai kalah budak2..jiwa muda habis..

i feel like i am their youngest sister..they pampered me so much..aku rasa la orang yang rapat gila dengan aku kat sini will treat me like that.diorang kata aku ni manja(which is i am not),tak boleh marah2,kena tegur elok2..im adaptable so diorang boleh je layan..

nak makan apa,kat mana,nak jalan mana,sha,angah n k.lina mest akan tunaikan..bila ada pape yang come up,dalam otak aku 'call angah'..masa motor aku kena angkut mbi(majlis perbandaran ipoh),ak call angah and dia akan datang secepat kilat..berbanding orang lain yang akan kata 'aku kat sini la..macam mana eh?'..tak..angah will say 'angah kat cuci kereta..jap lagi angah g ambik..tunggu kat tempat selamat.jangan p mana2'..pesan as if aku nak kena culik..wohaaa..sama macam sha..'sha,motor i rosak..i nak pergi kelas dengan u boleh ke?'..then she'll surely say 'nasib baek u call awal..sha baru nak keluar'..padahal,the truth is dia dah sampai kolej..duit?aku ni tak ade la anak orang kaya..kadang2 ada time duit tu short..kak ah tak sempat masukkan..dont worry..sha will say 'xpe je,sha kan ada.sha ada duit..jangan risau'.

bila aku bebai2 je,ak mengadu kat sha in a joking way ke tak,im not sure
'sha,find for me a boyfren'
'what for?'..mata dia terbeliak..tanda serius..
'saje'..
'no!boyfren or whatever shit..xperlu..u nak boyfren untuk apa?untuk care pasal u?untuk tanya khabar u?untuk tanya u dah makan ke belum..i care pasal u,hari2 tanya khabar u.bukan setakat tanya makan,i bawak u pergi makan'..hahahhaa..aku la dengar jawapan tu,mest gelak sakan..

k.lina is the sweetest ever person ive ever meet..pretty young lady tapi dah kahwin..sempoi habis..boleh nak cerita apa2 je..dia mest layan dan bagi pendapat..k.lina manja taik (bak kata dia la)..manja nya lahai..kadang2,gaduh dengan aku sebab berebut something or aku usik dia..yang akan pening kepala mest angah..

they give me semangat when ipoh has nothing to offer..berkawan dengan orang lagi matang buat aku lagi realistik..lagi bukak mata..lagi rasa hidup ni terlalu banyak benda yang aku tak tahu..diorang selalu ajar 'jangan kisah apa orang nak kata sebab diorang tak bagi kau duit untuk isi perut..kitorang ada..jangan risau'


 Ahngah Diyaz

 Kak lina




~tq ye~ =))


p/s:thet remind me to my only sister i have...the only one and the best..thank u kak ah..


hobi baru..

ni haa ak nak cadangkan hobi baru untuk hilang stress..konfem gelak sampai terguling2 plus boleh dapat ilmu...

http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original

like dan baca lah..wehuuuuuu

per rectal examination

ahhh..aku sampai harini satu procedure yang aku takut gilak nak buat..

PER RECTAL examination...

per rectal examination tu adalah examination which i have to put  my finger into anus ..nak tengok kalau2 ada pape kat dalam tuh..biasanya hemorrhoid ke,bleeding ke.. most common buat kat lelaki untuk check kalau2 dia ada prostate enlargement ke,tumor..

setiap examination kat patient,doctor akan end dengan per rectal examination.. guess what?sampai harini aku selalu cabut lari bila kena buat examination tu..sanggup aih kena marah dengan doktor dari kena buat benda tuh..

orang lain dah berpuluh kali masuk,ak sampai sekarang tak berani..bayangkan masukkan jari dalm bon*** orang lain..
tapi one day,for sure aku kena buat lah..ada sorang kawan aku ni expert gila buat per rectal ni..tabik spring kat kau..aku nk mintak permision pun still teragak2..

p/s:sape2 p hospital kalau kena per rectal,it is part of procedure,ok?bukan pervert or saja2..so,bagi je la..muahhahaha

Monday, April 16, 2012

perfume..

aku suka 'Romance'..
tu angah yg promote dulu..
wangi gilak wa cakap lu..
sape yang lalu tepi aku time ak pakai mest tanya 'perfume ape'..
kalau yang kata tak wangi tu,memang hidung dia ada problem
even mak cik aku yang jarang suka barang murah pun tanya..
yang penting 'MURAH'..
MURAH dan BERBALOI=SETTLE..

xperlu pakai yang harga RINGGIT MALAYSIA 200..
perfume tu aku letak kat tangan time panaih king2 waktu tengah hari xsempat balik mandi..
dari bau ketiak,baik bau minyak wangi..walaupun bercampur baur,at least org tak kata straight tu bau ketiak tapi orang akan analisa dulu tu bau ketiak ke perfume..muehehehhe..

'romance' pun life savior ak waktu aku travel jauh2..especially naik bas duk depan,blakang,kiri,kanan bangla ke,keling ke yang most of them bau ketiak kalah aku tak mandi setahun..fening2..

Sunday, April 15, 2012

orang kelantan ni fanatik dan berpuak2?gilak aih statement..bikin panaih..sat g tulis panjang2..kelas melolong tgh panggil..

lelaki 2

sambungan jenis lelaki yang aku xberapa suka

ni ha..jenis lelaki nek komuter tapi masuk koc WANITA SAHAJA pastu dapat tempat duduk dan sebab nak buat tak tahu org tgh pandang,dia pejam mata konon2 tido..lagi tak tahan..lelaki jenis tak malu tu pakai jersi kelantan..memang ak hangin lelaki macam ni..

Thursday, April 12, 2012

=)

it really has been a long time since then..

lets not put a high hope..

but i hope at least it will last longer

=)..thank you

Wednesday, April 11, 2012

acheh..

acheh digempa lagi..bukan kerana peperangan tapi kerana kejadian alam..8.9 skala ritcher xsilap aku..semalam semua orang kecoh terasa gempa..semalam jugak aku p cuci mata kat jusco baru bkk kat station18 kat perak ni..katanya tu jusco terbesr di asia..walweyyy,ipoh dah maju..(perasan tak kita kat Malaysia penuh dengan kesenangan padahal ada insan tengah bergalang maut)

well,berbalik kepada acheh..masa aku kat sana semalam,xterasa plk gegaran walaupun kat tmpat tinggi..mgkn bangunan tu baru sbb tu kukuh lagi..ada kawan yang rasa gegaran kt taman perumahan dekat2 aku tinggal..baru acheh nak membangun..kena ujian lagi..aku tak tengok berita lagi keadaan mcm mana..

aku semalam kol ibu aku..aku nak pergi kat acheh tu kalau boleh..haihh,kalau la ada peluang bagi sumbangan tenaga kalaupun xboleh bagi bantuan kewangan..semoga semuanya selamat2 saja..


Tuesday, April 10, 2012

love letter..

love letter from MARA..bravo la MARA..menyesal pun xguna..ikut saja..

terima kasih kerana sponsor saya,MARA...

aku suka lelaki ada janggut sejemput kat dagu..hihihihihi..xde pasal2..
pastu lelaki pakai baju melayu dengan jeans..dan kain pelekat dengan t-shirt..wohaaaa..

tu je nk tulis..bye..


Sunday, April 8, 2012

kadang2 jalan tu...

kadang2 jalan yang kita lalui mungkin pernah hitam..kadang2 kita berdiri di persimpangan kerana tak pasti jalan mana kita harus lalui..tapi,masa menggesa kita..

 kita juga mungkin lupa akan janji yang kita pernah buat..tapi,kita juga mungkin terlupa ada orang yang masih pegang akan janji yang pernah kita buat walhal bagi kita janji tu dah tak bermaksud apa2..

kadang2 kalau boleh diputarkan masa,kita ingin ikut jalan yang kita terlupa lalui dulu.mungkin jalan itu lebih membahagiakan kita sekarang..tapi,kita tak patut lupa Dia sudah tetapkan yang terbaik..mungkin kalau kita lalui jalan yang kita tak ambil dulu,kita tak akan rasa betapa berharga nya pengalaman sekarang..

jalan manusia berbeza2,,dan kita...hanya boleh pilih satu jalan pada satu2 masa..banyak benda yang akan kita dapat dan banyak benda yang kita akan terlepas.

kita tak mungkin dapat semua pada satu2 masa..menangis,meraung,tak mungkin semua yang kita nak kita akan dapat..ada benda yang kita kena usaha keras untuk dapatkannya..tapi,ada benda meskipun kita berusaha kuat,berdarah hidung,bergolek atas jalan,mempertaruhkan masa depan,tapi tetap bukan milik kita..contohnya?hati manusia..kita kena belajar..belajar memberi dan menerima..

satu yang aku rasa betul 'tak ade rasa yang lebih perit melainkan menerima keputusan orang lain yang kita tidak setuju'..sebab kadang2 kita tak punya hak untuk bersuara..tapi,mungkin kalau kita bersuara,kita dan dia..dua2 tak bahagia..cinta,kerjaya,pelajaran..

aku tak punya banyak masa..untuk kejar semua perkara..xpe..sampai satu masa..masa mungkin tak berada di pihak aku..masih tak apa..untuk masa yang ada,aku masih boleh mencuba..supaya satu ketika,sekurang2 kurangnya orang tahu,aku sudah guna hampir sepenuh yang aku ada..

mood:bukan PMS..


perempuan bas dan lelaki

dua jenis perempuan yang aku tak berapa suka dan gemar dalam dunia ni
1)perempuan yang berstatus kawan yang tikam kawan dia sendiri..
2)perempuan yang tak berapa reti nak senyum dan rasa dia paling hot kat alam semesta ni

sejenis bas yang aku tak berapa suka kat Malaysia ni.. TRANSNASIONAL..sebab dah 3 kali aku kena.

dua jenis lelaki kat muka bumi ni yang aku paling menyampah yang buat aku turn off,yang orang first2 kena reject
1)lelaki yang mengorat masa waktu jumaat
2)lelaki yang tak reti2 angkat kaki pergi masjid sembahyang jumaat

kahwin..

aku bagitahu ibu aku 'ibu,mie nak kawin'..
ibu aku jawab 'dah ad orang ke?'
ak kata 'tu la masalahnya'
ibu aku pun jawab 'haa..dah tu kalau xde,duk diam2.belajar masak nasi sampai xlembik'..

p/s:kawan aku tanya xde twitter ke?xpe je xde pun...aku malas peristiwa fb dulu be3rulang..juga aku malas menjadi stalker berjaya lagi..juga aku malas baca orang mluahkan perasaan tambah2 kalau aku tahu bnda tu untuk aku..aku tahu je ada orang tak suka..xpe jugak..bak kata Angah 'diorang tak bagi kau duit pun untuk isi perut'..fine..

gaji doktor

aku jalan laju2 sebab perut dah tak berapa boleh tahan dengan roti sekeping je pagi tadi..sampai kat motor,aku baru teringat aku tak buang white coat lagi..baru je nak cabut,tiba2 brader ni tegur 'aikk..doktor naik motor?tak boleh jadi ni'..aku sengih xpeduli...trus start motor dan pecut carik kedai makan..

kamon la brader..aku pun baru tahu..gaji doktor xbesar mana pun haihh..tambah2 medical student cabuk ni haa..nasib baik ada duit mara yg sudi membantu..bersyukur la aku xkena jalan kaki sampai anjing kejar macam dulu..

p/s:berat dah turun 3 kilo setengah..aku baru timbang..smlm terjumpa kawan,dia kata nampak macam xsihat..gemuk pun salah,kurus pun salah..

Sunday, April 1, 2012

tanggungjawab anak2 kepada ibu bapa

aku tak faham dengan lelaki yang tak berapa berkenan bila isteri cakap nak jaga parents diorang(ibu bapa perempuan) tapi,selalu suruh isteri lebih2 kan parents diorang(lelaki nye parents). aku cakap 'hello.aku xde parents?'


aku tak tahu lah..yes,dalam islam kata ibu bapa adalah tanggungjawab anak lelaki..tapi,ayah aku tak ada anak lelaki..sape nk jaga dia nanti kalau bukan kitorang..

aku tak faham betul dengan apa yang aku tengok dan dengar..tak nak bagi isteri balik rumah jenguk parents sbb dia kata suami perlu diutamakan lebih dari ibu bapa..kalau balik rumah parents tanpa izin suami,dia kata isteri dia derhaka..

dan hello,kau dapat aku masa aku dah 20 tahun lebih ok...kau jaga aku waktu kecik?tak..kau bagi aku kasih sayang waktu kecik?tak..kau bagi aku tempat berlindung,isi perut,jaga aku time ak sakit?? ok..bagus ..tak kan?jadi,sebesar2 hak kau sebagai suami,apa hak kau nak pisah kan aku dengan orang yang bagi nyawa dan kehidupan untuk aku?aku tak faham jenis spesies lelaki macam tuh...ape ke perangai nak suruh lebihkan parents dia sedangkan parents perempuan ni terkapai2..

bagi aku,it's not that i will neglect your parents while u have to love my parents..it just that you have to love and respect my parents as much as i do to your parents la kan..sebab we both owe our parents so much..even money cant repay back what they have done to us..we BOTH ok..

nih,aku cari untuk lelaki baca..kalau la kau depan mata aku,aku nak korek2 bijik mata kau bagi baca,,( ok ni bukan kisah aku..terang-terang aku belum kahwin ok)



Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita tadi kepada suaminya.


Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?


Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.


Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .


Kedua-duanya (suami dan isteri)  wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak)  selagi ada hayatnya di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas tanggungjawab dan berbakti kepada orang tuanya. Jika dia mampu dia juga hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. 


Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding dengan anak perempuan, ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.

Namun pendapat yg mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Cuba bayangkan jika ibu bapa itu mempunyai 6 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan adakah penat lelah selama mereka membesarkan anak-anaknya langsung tidak akan dihargai anak-anaknya selepas anak-anak tersebut berumah tangga? Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak perempuan semuanya.

Di zaman sekarang telah berubah, semua perempuan telah berkerjaya, seharusnya kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara mereka semuanya.


Walaubagaimana pun sebelum apa-apa bantuan yang ingin diberikan, isteri perlulah meminta  keizinan dan redha daripada suami, sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.



aku tahu redha isteri adalah redha suaminya..tapi,suami tu kena faham yang dia tak ada hak lansung untuk putuskan atau halang isteri dia untuk balik dan jaga ibu bapa dia..aihh,time nak dtang mintak nak pinang dulu,pijak semut pun xmampus..

untuk awak,ececeh:awak jangan risau..saya akan jaga dua2 ibu bapa kita leklok..awak kena hormat dan sayang ibu bapa saya sama macam saya sayang ibu dan bapa awak,ya?sebab saya tahu sy dapat awak pun masa awk dh berjaya dan itu adalah jasa ibu bapa awak..sama la dengan saya pun =)) (kikiki)


aku punya tanggungjawab besar terhadap dua insan di atas..


p/s:ibu aku pernah pesan 'carilah suami yang boleh jadi anak kepada papa'..wahhh...insyaALLAH.

papa xberapa sihat..aku risau..aku sangat risau..semoga 2,3 hari lagi dia ok...T_T

datang dan pergi..

tak..kenapa perlu lari?tak boleh..

when your people love u more than anything else,i dnt think we need an outsider to love us as much as u give..thnk u...