BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 30, 2013

dah habis..selamat hari rayaa

exam dah habis..dah seminggu sebenarnya..result pun dah keluar..alhamdulillah..ranking walaupun tak de la elok tapi masih dalam list lulus..aku mengadu kat dr.mah cakap pasal ranking dia ckp 'who cares?as long as u pass,it's more than enough..dont worry..top 5 student also got only 10 weeks holiday what..later,they got salary same as yours..not exceed even 10 cen..y so worry..be happy..enjoy ur holiday'

heee..as long as aku pass,tu dah cukup..
gila gamble exam kalini..takde soklan spot..lectures xsorang pun bagi hint..soklan kuar unexpected sangat..paling susah ak rasa setakat ni.at least tahun lepas yg susah time study je..tahun ni study senang..exam nya susah..jawapn lagi susah..sakan jgk la guling2 nangis..pass pun dah kira ok..

tapi,dua org besties terkandas..kena supplement..reseat paper..kalau xpass jugak,repeat year..jangan la weh..kesian..6 bulan je lagi tinggal..kalau diorang kena repeat year,lagi stahun stgh..nak mati kat sini sorang2..
aku doa diorang lulus..
sedih..

owhh ya..SELAMAT HARI RAYA
AKU CUTI !) MINGGU WOIII..RAYA SAKAN INSYAALLAH..

Sunday, June 23, 2013

dia datang lagi..

dia datang lagi weh..aku rasa baru tahun lepas aku duk risau takut tak dapat pergi cambodia sebab tak lulus final exam..tahun ni final exam 4th year datang lagi..dan macam biasa..mana pernah aku sedia..tahun ni lagi la..posting susah tapi rilek aje..dah last minit macam ni,bukan nak gelabah tapi masih buat bodoh..mati la kalau aku tak lulus..tak boleh balik cuti...waaa..

Tuesday, May 21, 2013

MR D...

lately,he keeps on talking nonsense..like
'kalau ada salah n silap,mie ampunkan ok..termakan o tminum pun halalkan..mie punya,kita halalkan'..
i was like,stop talking nonsense,can u? cz i will burst into tears..u know,i cant handle another loss..
God knows how much i have to endure that..

sooner or later,he will have to leave Ipoh..
n skrg pun ak dah rasa kehilangan..u shud see how his face when he told me 'rasa mcm xlepas je nk blk sana..still kna tukar ke teluk intan jgk'..

untuk Mr.D,
dia tak tahu ke dia banyak ubah aku pasal persepsi hidup ni?dia banyak buat aku gembira..dan selalu je impian ak tercapai..dan dia banyak buat aku senyum..paling penting dia mampu buat aku sengih sepanjang hari..rasa yang aku ingat dah tak ade..dah tak mampu wujud..
7 tahun ak tak pernah letak mata aku untuk mana2 manusia bnama lelaki..tak pernah terbukak hati aku untuk rasa syg..bagi aku,papa adalah satu2 nya lelaki dalam hidup yg penuhi segala permintaan dan impian aku..

tapi,bila dia dtg,dah lain..kali pertama ak nampak dia dan ak bagitau nedy,ak dah tersuka org..aku tak tahu salah tempat or salah masa tp ak suka org tu..nedy punya kelam kabut tak tahu nk buat ape..nedy kata aku gila..hahaha..teringat aku dgn nedy duk sama2 usha dia..dr jauh..aku suka bila time dia tgh buat kerja..ak rasa dia sgt professional and sgt penuh kewibwaan..wewitt

hari yang dia ckp dia pun ada rasa benda sama and pada masa yg sama adalah hari yg ak tak mungkin lupa..bila kau suka org n org tu suka kau blk,xde rasa yg blh buat kau berhenti dari senyum..

birthday tahun ni sgt bermakna..sgt2..suprise dia,hadiah dia..dia sendiri..hati dia,diri dia..
aku tak jumpa satu kekurangan pun..

aku tak kisah dia tak indah di mata orang lain..dia xmacho badan tough macam org lain..aku xkisah..kalau la org blh nampak ape yg ak nampk bila dia pandang aku,bila dia senyum..bila dia penuhi semua permintaan ak..bila dia berusaha utk aku..cukup la aku sgt senang dengan dia..dan aku rasa papa pun rasa benda sama..

aku cuma berdoa sgt2 supaya mr.D adlh org terakhir sampai aku mati.aku harap ni bkn ujian Tuhan lagi..aku tak mampu dan tak sanggup nak ulang sejarah sama,cerita sama..sakit yg sama...

orang tak kan tnya mcm mana aku blh sangkut ngn dia,tp rasa2 ramai yg akn tanya mcm mana dia blh sangkut dengan aku...dia famous dalam kalangan kitorg sbb bkn sbb rupa tp sbb dia yang baik hati..dan aku sgt suka dan akan syg hati dia..semoga Tuhan panjangkan jodoh kita...tu je..

p/s;malam ni terjiwang sebab mr D cakap mengarut..kat sini xde org baca sangat...

Tuesday, April 30, 2013

kucing-pahala yang mudah

3 minggu lepas,ak dating depan umah..tiba2 datang la sekor kucing mengiau..masa tu ak ngn dia tgh mkn nasi goreng yg beli kat luar tp makan depan rumah..dia pulak mungkin kesian tengok kucing tu bagi la jugak lauk yg ada..tu la kot pertama kali aku nampak kucing tu.

esok nya masa ak balik dari kelas tengah hari,kucing tu masih kat porch rumah..mengiau2..aku bagi la makan tulang ayam..

petang tu aku geram gila bila kucing tu dah pandai masuk rumah dan seronok je dia landing atas baju yang kitorang jemur atas kerusi ruang tamu..jadi,aku halau..nak nak pulak ada bau hancing..tak sure bau tu dari dalam rumah atau kawasan porch..ak syak kucing tu la kencing merata..sejak haritu ak tak bagi dia makan..asal ak tengah makan nasi je,dia mengiau..ak tutup sliding door..dengan harapan bila kitorg tak bagi makan,dia pergi tempat lain.tapi tak pergi2 jugak.

nak jadi cerita,satu malam tu aku dengan housemate pergi masjid sebab ada ceramah..tiba2 ad sorang bagi penanda buku sorang satu..ahli2 usrah kot..

sentap jugak la bila kat penanda buku tu ada tulis something mcm ni.. 'pahala yang senang dicari'..dengan sepotong hadis..aku dah lupa dah..tapi bawah tulisan tu ada gambar kartun budak perempuan dengan kucing..budak perempuan tu kata 'kesian nya kucing..aku tak ada ape2 nak bagi..nah,makan lah roti ni'

baru aku sedar mungkin Tuhan tu hantar kucing tu untuk tambahkan pahala kitorang yang tak berapa banyak ni..sejak haritu,aku ingatkan la jugak kat housemate ni bg la kucing tu mkn walaupun sikit..kalau xbagi makan pun dia still kat situ jgk..jd,baik la kita bagi makan..dapat pahala dengan mudah..

moral of the story: kasih sayang antara makhluk ALLAH tu besar pahalanya..

Friday, April 5, 2013

public health #frp

sebenarnya aku tak tahu ape fungsi blog ni..sekadar suka2,main2..

posting public health dah habis..6 minggu ni bagi aku banyak pengalaman,suka duka,segala benda..masa kena posting kat manjung,lumut haritu memang saat paling mencabar..gila panaih bak hang..hitam legam terus balik ipoh..nasib bek la ipoh ni panas2 pun,petang2 hujan dia boleh tahan lebat..memang down gila tgk muka hitam sunburn.dah la makin gemuk..gemuk woiii...banyak baju,seluar la yg penting dah tak muat...serius tak tipu.so,sekarang ni ak berani pakai baju kurung je..

kena work out gila2 punya..

pasal public health..public health adalah posting yang kitorang keluar dari environment hospital..meet the community,know them better..public health basically adalah first step untuk prevent sesuatu penyakit tu..
contohnya,tibi/tuberculosis/batuk kering..kalau kat hosptal,kita terima patient yang memang dah ada atau suspect tb ni..jadi,ape yang kita boleh buat kat hospital cuma bagi treatment..

tb is a disease that is transmitted via airborne..mksdnya,kalau kita ada close contact dengan orang yang dah ada tb,samaada orang tu dah ada symptom atau tak,risiko untuk kita dapat sangat tinggi melalui bila dia bernafas,bersin,batuk dan yang sama waktu dengannya..dan tb ni boleh berjangkit dengan cepatnya..

public health adalah salah satu bidang dalam kesihatan jgk..dia more kepada prevention and control. katalah pasal tb tadi kan,kalau  ada case reported from certain area even only one case,org2 public health akan turun padang.prevent benda tu dari terus merebak.ape yg diorang buat diorang akan cari dari akar mana source untuk tb ni,buat health campaign utk bagi kesedaran pada masyarakat tentang bahaya tb ni,macam mana nak cegah dari berjangkit,buat pamphlet dan edar kepada orang..buat poster.kiranya diorang involve dalam early prevention from getting the disease..

tp,jangan ingat kerja tu senang..perlu turun padang dan deal dengan community..sebenarnya nak deal dengan orang sihat ni lagi mencabar dari deal dengan patient kat hospital..at least,pesakit kat hospital memang perlukan bantuan doktor..serius cakap orang yang sihat ni berlagak sikit..

cuma diorang xde shift,xde oncall..kerja waktu pejabat..kerja banyak tapi kurang stress dari doktor yang kat hospital..org2 public health ni jgk yang buat lawatan ke food premises untuk make sure kebersihan dan keselamatan sebelum sesuatu makanan dikeluarkan or kedai tu beroperasi..

jadi,dalam posting ni,kitorang buat health campaign..gila agak rumit jugak la..dari perkara sekecil kuman kitorg kena pk utk jayakan kempen ni sampai la perkara2 sebesar alam..even nk letak kerusi berape pn kena plan..

kitorang pergi melawat klinik kesihatan,panjat loji air dan kumbahan..pergi food premises..naik feri g p.pangkor..menarik sangat tapi panaih tu memang tak tahan..tepi laut..

jadi,ak fikir2,lepas kawen nanti #eh.. aku nak join public health sebab kurang bizi sket..biasalah perempuan,tinggi mana pun blajar,keluarga kena jaga..

tu je mlm ni..adios

Tuesday, March 26, 2013

kadang2 bila kita terlalu gembira,kita jadi tak sensitif dengan org sekeliling kita..

salah satu sebab aku kenal kn dia dengan kawan2 rapat aku adlh sbb aku nak dia rapat dengan diorg,n nak dia tau betapa penting nya org2 yg aku kenalkan dengan dia tu dlm hidup aku..sbb aku ad org yg penting jgk selain keluarga aku yg perlu dia tahu.

dan kalau la kitorg ada masalah,at least aku tau kawan2 baik aku xsegan nak mntk tlg dr dia terutama bila emergency xboleh kuar rumah ke ape..tu je.. aku nak dia jd bestfriend ak sama bnyk dengan bestfriend kepada kawan2 baik aku tu..

xde niat aku nak menunjuk ke,nak sakitkan hati org lain ke..nak bangga2 ke..xde..serius xde..

awe dah tak de =(..bukan meninggal dunia..tp,bakal meninggalkan ipoh..jd aku rasa bila awe xde,sedikit sebanyak,ak hilang tmpt bergantung bila ad emergency..tp,sampai sekarang, TUhan xpernah biarkan ak sendiri..ad je yg Tuhan ganti..

mohon maaf kepada sape2 yg rs ak over excited..the truth is,yes,i am excited..tp,xsampai nk buat org lain rs ak abandon perasaan org lain..jd,mgkn aku akan kurangkan menyusahkan sape2 yg aku dah susahkan..

susah sebenarnya bila dekat dan xde org yang blh teman..xselamanya org akn sanggup susah utk kita walau mcm mana kita syg kan org tu..jd,ak kena handle sendiri..kalau la org tau betapa susahnya bermain dengan perasaan sendiri,mest org faham kenapa aku beria mntak org temankn bila aku 'dating'..huii..dating la konon nya..puii...

nak cerita pasal manjung..nnt la..aku ngntuk..dh pkl 3..

keyboard off..


Friday, March 1, 2013

weekend is finally here..

walaweyyyy..

first week in public health is finally ended..pukul 6 ptg td,alangkah gembiranya jiwa raga blh kuar dari lecture hall..pergi hantar nedy ke medan gopeng sebab nak balik putrajaya..

lepas tu aku balik rumah dan landing atas katil queen size ni dengan nyamannya..

lepas maghrib tadi ak hantar sha ke medan gopeng jugak sebab dia nak balik penang..i shud've wait for her..sebab masa ak sampai rumah,dia whatapps ;mie,tiket ke penang dah habis.i tak jadi balik mlm ni'..aku ingat nk patah balik ambk dia  tp dia ckp 'i dah otw balik..naik cab..'..adoii..kesian dia..mesti kena pau teruk kat teksi.ak bawak motor dr rumah ke medan gopeng minyak motor tak habis seringgit pun..tp,teksi tu mest pau sampai 15 ringgit..nasib badan la..

2,3 hari ni siyes penat..kadang2 tengah whtapps ke,on d fon je..ak terlelap macam tu je..sedar2 dah pagi..letih mental walaupun tercongok je dalam lecture hall..9 jam weh kelas non stop..lepas hbs,sambung lagi,lagi dan lagi..penat otak nak fokus.biasanya 10 minit pertama dan ak terus ttido.

malam ni dapat la rest sebab esok weekend.ramai pulak yang call mlm ni..papa,ibu.may be sebab mnggu ni jarang ak call diorg..call pun kejap2 je..

lepas tu dayah call aku..kat whtapps plk,bizi dengan program group utk buat health campaign kat manjung nnt..group aku kena posting kat manjung 2mnggu..

kat fb pulak bizi dengan plan nk pergi indonesia bulan 4 ni..dah la next week nak pergi penang..

tgh2 on the fon ngn dayah,sha call sbb dia tak perasan whatapps ak yg ajak dia kuar..stop gayut ngn dayah sbb ak out of kredit nk call o msj balik..

whatapps org tu pulak,dh ttdo rasanya..kesian dia dari ptg tunggu..bagus lah dia tdo.aku tau dia keje dari pagi semalam xtdo..so,ak xkisah..bukan budak2 nak marah sebab dia tertdo..aku pun bnyk kali jgk macam tu..

nak study tp aku tak tahu bila mood tu nak dtg..banyak weh ak trtinggal and ak tak cover.ak rasa macam ak tak tahu pape..

sekarang ni pulak sibuk duk download drama 'sehangat asmara' tu..sebab ak baca novel dia..heee..

aku baru je siap download episod ke 14..chow sin chan..mau tgk citer