teringat satu masa sy pernah bersembang2 kosong dgn ibu
mimie:ibu,gano(mcm mana) nk muka bersih n napok(nampak) berseri eh?
ibu:nk berseri gano lagi?nati gak(nanti kan)ramai plok hok masuk mitok(ramai yg datang pinang)
mimie:dok eh..at least,napok la comey sket..hehehe..ad dok produk gapo2 hk hk berkesan..ni gak,ngepeng sajo kat tv..xjadi pun(ad xape2 produk yg berkesan.kat iklan bnyk,tp,jarang yg berkesan)
selamba ibu jawab:
xpayoh duk kalut nk pakai produk hok tu,hok ni(xpyh susah2 pakai pruduk ape2)..cukupkans ambik air sembahyang(wudhuk) 5kali sehari n sebelum tidur..buat bnyk2 sembahyang sunat.kalu cuti sembahyang,pun,ambik la wudhuk sokmo..insyALLAH,walaupun xberseri di mata org jahat hk suka kecantikan dunia,tp berseri di mata orang mukmin hk cari kecantikan kekal n paling penting cantik n berseri kat mata ALLAH..
sy terdiam dan sengih =DD..!
fadhilat wudhuk
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan .
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat"
Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.
Wednesday, November 10, 2010
MUKA BERSIH DAN CANTIKKK..
psikosis mimie mat rani time 10.11.10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment