BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, December 9, 2015

Mengandung dan hyperem/morning sickness

Lps dh buat upt dan positif,aku pg poliklinik azhar.masa tu dah masuk 7 minggu usia baby..fetus to be exact..lps tu D ckp nanti pg booking kat klinik..masa ni,D dah pindah duk taiping..masa booking tu,dktr kat klinik kesihatan scan baru 5 minggu.punya la excited kan..awal lagi membooking..lepas tu tnggu next tca untuk dpt tarikh bersalin.2,3 kali scan jgk la dapat tarikh 1/12..aku punya edd sendiri adalah 20/11 sbb aku sure lmp..

Lantak la.sampai masa kluar jgk cinonet mama ni...aku jalani hidup macam biasa..smpai la dah masuk minggu ke lapan tak silap aku,aku start pening kepala yang teramat..pening dan rasa nak baring je.ingt lagi masa tu aku pm shift.kena masuk keje pkl 7 mlm.aku pm dgn adib.D ajak aku mkn kat marry brown sbb dh sehari aku xmakan lansung..aku dah lupa ape aku mkn kat marry brown tu tp yg aku ingt aku tak dapat habiskan..masuk kerja mlm tu dengan muka pucat,muka mmg muka bogel terus la..

Power nya mengandung ni nk tau ape?baby adalah satu2 nya orang atau alasan aku tak boleh makan lansung..dulu masa aku nak kahwin,aku diet tp selera tak hilang.makan jgk.masa buang gg bongsu..sakit weii.rabak bibir tp selera tetap ada.makan bantai jgk.tp kalini aku hilang selera terus sampai aku tak boleh fikirkan makanan.mesti rasa loya..

9 bln mengandung,aku tak boleh makan benda yang aku suka makan atau benda2 last aku makan before aku dapat tau aku pregnant.aku suka lamb chop sblm ni tp masa pregnant,dgr nama pun tak boleh..nak termuntahh..baby xsuka western ke mamak ke.nak makanan melayu je..jd selama 9 bulan la aku tak sentuh lansung western food dan nasi arab..padahal sblm tu mmg favourite tuuuu..

Hari2 aku sgt terseksa.aku lapar tapi tak lalu makan..dah la masa tu kat ortho.bayangkan aku bulan ke 3 bru belajar buat Ray amputation.ray amputation tu adalah potong jari kaki pesakit yg dah buruk o tak viable.biasanya pesakit kencing manis la..dtg dgn jari kaki yg dh hitam,bau tak payah cerita la.lagi teruk kalau diorg dk biar sampai ad maggot2 tu.euwwwww.aku pernah termuntah dpn bos aku..aku ckp aku tak boleh lagi.nsb la dia paham..aku tak suka pg pantry wad 14.ada bau yg tak menyenangkan.aku tak suka bau sayur yg ada taugeh tu..aku tak suka bau mulut pesakit tiap kali aku nak ambk darah diorg.aku tak suka pesakit bercakap dgn aku..bila balik rumah,aku tak suka bau rumah tu..mcm rumah yg dah lama org tinggal..dengan bau taik anjing jiran sebelah..rumah yg aku suka dulu,aku jd xsuka..nsb la ada D je aku balik rumah tu..aku dulu suka mnm air mineral tp sejak pregnant,aku tak suka bau dan rasa air mineral tu..sebelum tu pun aku suka pg cafe sbb makanan dia bg aku ok la.tambah2 kalau masakan panas.tp sejak pregnant,perghh nasi goreng kat cafe adalah benda yg paling aku xsuka..bau sup kat cafe tu dah boleh buat aku muntah kalau lalu je depan tu..dominos pun aku tak boleh makan.apebenda tah nama pizaa tu,chicken kat blkg.feveret tu weii.ambik kau..tgk pun dah tak boleh..pendek kata smua benda yg aku suka sebelum pregnant tu jadi kebencian aku

Satu je yg aku suka dan syg tapi aku xbenci or tak suka.D..heehhe..cuma aku suka lepaskan benda yang aku tak luas hati kat dia dan cpt marah walaupun benda kecik je..

Jadi yang aku makan hari2 adalah koko crunch,kismis hitam yang manis mak aku kirim..lagi satu kek pisang.perghh.feveret masa tu.balik je keje,ambik kek pisang yg D dah siap hiris masuk dalam bekas,baring depan tv dan makan..lagi satu roti cicah milo yg D suap..tah kenapa sedap pelik je roti tu..hari2 aku minum teh o ais.tu je air yg aku blh minum..orang kata kalau pregnant suka benda manis tu,anak perempuan.mcm dh terbukti je..

Alhamdulillah sepanjang aku pregnant,aku takde mengidam pelik2..setakat terasa nak makan tu ada la..tp xde sampai gila2 nak makan..D akan usaha jgk cari.masa tu aku jadi mcm ni..kalau benda tu aku nak makan kalau D tak dapatkan walaupun dia usaha,aku takpe.tp kalau mknn tu dia tak usaha carikan,sebak tu terasa sampai ke jantung.blh buat nangis..seboleh2 nya aku tak fikirkan pasal makanan supaya aku tak terliur.sementelah aku memang tak lalu makan.

Aku muntah agak teruk sbb aku jarang muntah.kalau demam pun jarang aku muntah..tp kalini tiap kali aku makan xsampai 10 mntk,habis keluar kat toilet bowl.sampai aku ambk maxalon 3 kali sehari..akhirnya maxalon pun tewas..ada satu masa D bagi ubat muntah plg power la wa cakap lu..nak tgk sape lagi power,ubat ke baby..mesti la baby.tang2 tu jgk aku muntah..nak pergi makan ke keluar mesti sediakan plastik atas kereta.naiya kalau aku muntah atas kereta..last skali aku tak makan ubat lansung.nak muntah pun muntah la.aku cukup terasa hati kalau aku tgh muntah tp D xmasuk toilet skali utk tepuk belakang aku.walaupun dia geli ke ape,dia kena tepuk jgk.hehehe.im pregnant his child afterall kan.tp Alhamdulillah D paham bila time aku muntah je dia akan masuk skali utk tepuk belakang n legakan aku..

Benda paling pelik aku mengidam adalah aku nak iphone..seriously hari2 aku duk tatap iphone dan nak beli.pdahal sebelum ni aku tak suka iphone.aku lagi suka android sbb aku tak reti guna iphone..last skali mungkin D bosan kot hari2 merengek nak iphone,dapat lah sebiji..sampai skrg pun aku tak reti guna..hehehe..

Masa puasa haritu lagi la haru...aku tak boleh makan lansung makanan bazar..pendek kata semua makanan yang ada ajinomoto or msg..sebelum puasa tu aku suka makan nasi lauk sardin.pulun la D hari2 masak sardin untuk aku.dia pun kembang tekak duk telan sardin je..masa puasa aku dah tak teringin sardin.aku suka makan ikan goreng dgn kicap..atau ikan bilis goreng sayur dgn kicap.perghhh.makan nasi bertambah weii...hujung2 puasa tu pulak aku suka makan nasi goreng macam mak masak..aku nak makan macm kat kelantan tp xde cili blend dgn kangkung..hari2 la duk telan nasi goreng sampai la nak raya sebab dah balik kampung.huwaaaaa

Morning sickness ni aku lalui sampai la 16 minggu lps tu beransur2 hilang..tp still sampai aku bersalin aku tak brape boleh makan kat kedai atau benda2 yang letak ajinomoto atau msg.untung la mak mentua aku dtg teman msa D takde.dia tau aku tak boleh mkn kt kedai jadi dia masak.mmg bertimpa2 la aku makan sambil berat aku naik.. Lps appetite aku dh ok,aku try la makan.hujung2 pregnancy aku,aku blk klntn.mmg lg la syok membantai.ibu masak.beli kt pasar.38 w 2 days aku pregnant,berat aku naik 30 kg..phewwww

P/s:cik jie tgh dodoi zahra.mama rehat kejap..
Mama sayang zahra.cinta yg takkan hilang adalah cinta mama utk zahra

....cont

0 komen: