BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 23, 2012

Cambodia Day 2


Malam memang tidur senyenyak yang boleh..semalam aku dengan sue pergi beli number fon kat cambodia ni.ada metform,hello,macam2 la..macam kat Malaysia ada maxis,celcom,digi.masa sampai sana kredit num malaysia aku ada 7 ringgit lg..call ibu dan papa tak sampai seminit.mesej kak ah,aida dan ila..habis licin kredit..so,aku beli la  number sana..aku beli Hello.kata En.Khairin yang ni murah untuk call ke Malaysia. Dr.Karim pun beli jugak.

pagi hari ke 2..aku tido tak mimpi apa2 terkejut dengar bunyi fon.aikk,sape call pagi2 buta kat number baru ni?tak kan ibu aku kot..aku tengok jam pukul 5 pagi maknanya pukul 6 waktu Malaysia..rupa-rupanya panggilan subuh..terima kasih untuk sape2 yang call ittew..


pukul 6.30 semua dah bersiap angkat beg dan tunggu tour guide kitorang kat lobi.aku suka sebab tak ade antara kitorang yang lambat..semua nya cepat.angkat beg masing2 masuk dalam van.bayang kan kitorang 12 org ni,beg aku je dah 3.. lepas tu dengan barang2 yang kitorang nak guna untuk aktiviti,bekalan ubat lagi,memang aku tak tahu la macam mana abg tu bawak van tak boleh tengok belakang.hehehe..



Macam ni la keadaannya




seat pulak sebenarnya cukup 12 tp memandangkan nak letak barang,seat paling belakang sekali terpakssa ditutup.jadinya,3 seat terpaksa share 4 orang..walaweyy,cramp jeng tu tak usah cakap la..


macam sardin..tapi,kitorang masih gembira bersama..wewittt

Kitorang g breakfast free kat tepi hotel..pun hotel Malaysia jgk..aku makan nasi lemak ..rindu gila nasi lemak weh..tu baru 2hari kat sana..

Wau restoran in memory


pagi ni Dr.Karim yang lambat.kemain dia pesan kat kitorang suruh on time.sementara tunggu dia,kitorang jalan2 tepi Sungai Mekong.almaklumlah hotel dia depan sungai..dulu aku dengar dalam sejarah je Sg,Mekong ni..sekarang dah sampai jgk



Spek tak nak kalah..



lepas doktor karim dah siap,abg rony bawak kitorang g tukar duit..aku tukar lagi 324 rinngit bersamaan 90 usd..kalau kat Malaysia RM 308 tu dh dpt 100 USD..currency kat sana memang mahal.terasa rugi tak tukar hbs kat Malaysia.

first destinasi kitorang hari ke dua ni adalah POTIEN yang ambil masa 5 jam dari Phnom Pehn..lupa nak bagitau Phnom Pehn tu tempat kitorang landing dan ibu negara Cambodia.kitorang sampai dalam pukul 12 tgh hari.check in hotel.hotel memang first class dan selesa la.kampung sangat suasana..mcm2 pesen la.ada yang tunggang motor,letak kotak ape tah kat belakang,lepas tu ad plk sorang yang mencangkung kat atas kotak tu..aiss..tadaaaa..










sampai dalam pukul 12.30 macam tu..check in dekat guest house dan letak barang2..dan menunaikan kewajipan pada Yang Esa..




lunch dekat2 dengan hotel.nasib baik tour guide kitorang ni tahu kedai yang halal dan boleh kata sedap jgk la..masa kat sana dia la driver,tour guide,tlg check in hotel,ambik order makanan pun dia.susah bila kita tak tahu bahasa asing ni..diorang pulak bukannya faham bahasa inggeris.memang masalh komunikasi. semua orang makan satu hidangan..ada sup ikan air tawar,telur dadar dan sayur.boleh tahan la sedap nak isi perut.

Sebenarnya telur dadar tu rasa dia manis


lepas lunch kitorang bergerak ke tempat pertama kitorang akan berkhidmat iaitu Kampung Cham dalam setengah jam perjalanan dari guest house tu...aku tak tahu bilangan sebenar penduduk tapi semuanya orang Islam.

Masjid tempat diorang menuntut ilmu

Sebenarnya kat sini ada dua kaum utama iaitu, Cham dan Khmer..cham ni macam orang2 melayu kita la.. Khmer plk jenis orang2 kulit cerah sikit..orang Cham ni orang islam..org Khmer bukan islam kebanyakannya..

booth kitorang adalah dekat masjid yang diorang buat sekolah agama..nak kata sekolah tu sebesar alam macam kat Malaysia ni,tak la..agak daif la..kitorang bahagi tugas masing2..

Bawah rumah tu kitorang jadikan booth

masing2 set up kan tempat semua..aku rasa masa first day ni bab registration agak mencabar..bayang kan nak tanya nama pun kitorang tak tahu dalam bahasa diorang..terpaksa la guna Khidmat abg rony lagi sebagai translator.lepas tu ada jgk 2,3 orang cikgu skolah agama untuk bantu kitorang..



1-registration team= Mart+aida






2-height and weight,BMI= sue+wani

owwh ya.aku kat bahagian blood pressure pun tak menang tangan..dah la tak boleh bercakap sebab aku tak faham,diorang pun tak faham bahasa melayu..sudahnya aku guna bahasa tangan suruh dia duduk,tarik lengan baju.macam orang bisu bercakap..
ayat pertama bahasa khmer aku blaja adalah 'sok sek bhai'..maksudnya apa khabar..wehihihiiih



3-Blood Pressure=aku+pinat

4-waist and hip circumference




5-prescription medication=





6-consultation by dr.karim





Bahagian public health pulak kitorang bahagi kepada lelaki,perempuan dan kanak2. untuk lelaki diorang buat talk pasal merokok,darah tinggi..perempuan pulak pasal breast cancer,macam mana nak cek sendiri kat rumah takut ada ketumbuhan payudara..dan kanak2 diorang buat pertandingan mewarna,ajar gosok gigi,potong kuku..kitorang sediakan hadiah..dalam poket setiap kitorang ni ada gula2 untuk bagi kat diorang..seronok aje bila diorang dapat..

7-team public health









Yang baju biru ittew Ustaz Daud..comel kan kan?muka habis bersih sejuk aje mata memandang termasuk mata aku..hihihhi




harini untuk budak2 sekolah agam je..ramai pulak tu.esok baru dibuka untuk orang kampung..penat weh,serius penat..tapi gembira sebab dapat membantu..dan gembira sebab bertemu org baru..pengalaman baru..




hari pertama program berjalan penat mmg  tak usah cerita la.sepanjang perjalanan dari kampung ke guest house semua diam tak berkutik..aku tengok semua tidur.biasanya van ni memang bising la dengan macam2 cerita.semua orang ternganga..

owhh..hari ni first time kitorang discover yang kat tempat kitorang tu ADA WIFI!!! wohaaaa..masuk je perkarangan guest house ,aku dah turn on wife..oyeahhh..blh online..nasib baek aku aktifkan BIS before datang..kalau tak,BB ni xblh access wifi..tak turun makan sebab nak online punya pasal..rindu dunia social wei 2 hari xjenguk..

malam tu aku tido satu bilik 4 orang..aku,jaja,kak dayah n sue..agak lewat jgk la aku tdo online punya pasal..



call ibu semua..aku habiskan 5 usd 3500 riyal utk beli number dan topup..number murah je,dalam 3500 riyal=RM3.50..5usd lagi tu untuk topup sama dengan RM15..aku dah lupa berapa rate untuk call Malaysia

tido yang enak..wohaa!

p/s:jumpa esok..cerita yang panjang..

1 komen:

Tengku Ahril パラダイス said...

https://www.facebook.com/WauRestaurantCambodia