BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 25, 2012

Cambodia day 3


Hari ke 3 ni kitorang mula bergerak dalam pukul 7.sebelum tu kitorang dah berkumpul depan lobi..

Gigih dr.karim briefing pagi-pagi

breakfast kat tempat kitorang lunch semalam.untuk memudahkan kerja,semua orang decide nak makan nasi ayam je..boleh tahan sedap la ayam dia..lain dr yang kat Malaysia..sebenarnya beras diorang pun lain..kitorang nak gelak masa abang rony datang ambik order,macam dia pulak waiter kat situ.

sambal yang dia bagi seciput tu paling best.

bergambar ni aktiviti wajib..hehe

makan2 dan mcm biasa bergambar sesakan mungkin.on the way tu singgah beli alat tulis kejap..aku pun xde pen xde buku nota untuk ditulis..sebab kat sini yelah kat tempat orang kena buat bajet.lagipun mmg tugas aku dan sue untuk update n email report ke kolej hari2.kitorang berhenti kat kedai alat tulis ni..kecik je kedai dia..aku beli buku tulis..teka harga berapa..500 riyal bersamaan 50 sen..pen pulk 700 riyal sama dengan 70 sen..gembira..dh la kulit buku tu cantik

Mummy susun alatulis

ni untuk aktiviti dengan budak2










kitorang bergerak ke tempat yang dituju.masih berkampung di tempat semalam.cuma harini untuk orang2 kampung.seawal 9 pagi kitorang dh bukak booth..tak sangka masa van kitorang masuk perkarangan masjid dah ramai yang menunggu..terharu..


Masjid tempat berkampung..
Selamat pagi penduduk kampungg
Add caption
Kesian mak cik mak cik ni
yang duduk pun hade ni haa..















sama macam semalam,tugas dah dibahagi.masing2 set up kan alat2.harini aku kena part registration dengan pinat..a.rony jadi translator untuk pinat dan ad seorang ustaz ni jadi translator untuk aku..agak lambat la kat bahagian registration.yela,aku tanya ustaz tu dlm bahasa melayu dan ustaz tu kena translate kat org kampung dlm bahasa cambodia.nak isi pulak borang2..nasib baik kitorang start pagi..tak de la panas macam semalam.

jom la tengok gambar2 sekitar berlansungnya hari ke 3 ni ..hihi..

registration team.pakai baju bitu tu aku.pakai kopiah putih tu tukang translator..tudung ore tu  pinat.yang tak pandang kamera ni a.rony
Team prescription

peka team public health

breast self examination


phewitt..sue kat blood pressure


Mar kat waist circumference


Yang penting ustaz Daud ittewww..


Baby wani ukur height
Yang lelaki tu yazid nama dia.translator kitorang
kak dayah di blood glucose test

tu jaja


Pinat dah bartukar tugas..
yang menunggu tak putus2



wewitttt...


suasana meriah



Aida yang kepenatan

kitorang stop kejap waktu zohor.penduduk kat sini masakkan lauk..sedap gila weh..ayam diorang masak memang terbaik la..aku makan sampai sakit perut sbb bnyk sgt..sedap siyes.




Mak cik kat belakang rumah

Sempat intai diorang goreng ikan


RIndu lauk ni..
Ayam rendang ni terbaik laaa
Sup ikan sungai..
we eat like a boss..jyeahhh
bab makan tak boleh tolak..hahaha
dr.karim tambah nasi..eiii,ustaz daud pujaan hati tuuuu



lepas tu bukak booth semula..tp,org kampung tak bersesak macam pg tadi la.so,perjalanan pun smooth sikit.walaupun ada yang masih datang tapi tak berduyun macam waktu pagi






lepas abis part aku kat registration,ak merayau2 la kat bahagian org lain...sbnrnya aku nk g usha ustaz daud tu..wahhh..tp,tiba2 dr.karim panggil aku n suruh aku prescribe medication..ambik kau haaa..mati aku sbb ak tak practice dan  xbelajar pun semalam..haha..termanggu2 jugak la..dah la translator kat utk prescription tu ustaz daud..malu jugak wei kalau nampak tak tahu apa2..aishh apesal la dia tak letak ustaz daud ni jadi translator untuk registration..wewitt..nasib baik jaja ada dan aku suruh dia ganti..hihihi..sayang lah jaja..

Pakai tudung merah tu jaja..tepi dia tu aku.tepi tu ustaz daud
Memang saje tempah maut..


sebelum asar tu tinggal beberapa orang je yang still datang nak buat medical check up.ada sorang pakcik ni datang dengan kerusi roda.bila dr.karim chec,dia kena psoriasis rupanya.jangan risau..psoriasis ni penyakit autoimmune.kiranya badan dia yang keluarkan antibody yang makan cel2 badan sendiri (bahasa pasar punya explanation).jadi dia tak berjangkit dan tak ada masalah kalau kita sentuh..





.aku memang tak ambik port dah..dah keluar berjalan2 ambik gambar..kat sini jumpa basikal,nmpk limau bali,tengok angsa pun excited..lepas asar macam tu,kitorang dah kemas2 barang2.dah pack up kan ubat2.sempat naik atas rumah yang kitorang buka booth kat bawah tu.rupanya kat atas tu ada bilik untuk komputer semua..kata ustaz kat situ,bilik tu baru sebab ada orang bagi sumbangan..petang tu pulak sekali lagi,penduduk kampung sediakan kuih dengan air minum petang sambil melayan budak2 yang sangat excited tambah2 bila kitorang bagi coklat..



Nasuha kakak cantik


Nampak limau bali pun jadi excited


Us.. 2nd day

Kesian mar kena kacau..hahaha
Charlies yang tak berapa nk angel sangat..tengok la muka minyak boleh buat goreng ikan
Fundoscopy..sbnrnya nak tunjuk ustaz daud tu..wehiii


excited sebab lama xnaik basikal
ini adalah air paip..kena tekan2 baru air tu keluar..berpeluh sakan dulu





budak ni hensem and comel




Tu nak makan kuih sebenarnya






Donat buatan sendiri 


Baby ze..



Charlies yang tak berapa nk angel.muka berminyak blh buat goreng ayam



sempat jugak kitorang pusing2 kampung ni kejap..jalan memang tanah merah xde tar pun

Paling epik la gambar ni


meeting dengan semua orang untuk conclude kan aktiviti hari ni
elain buat medical check up,kitorang prescribe medication secara percuma.  pain killer paling awal habis sebab diorang ni kebanyakannya ada gastritis,joint pain..mungkin sebab hygiene yang tak berapa ok..sekali lagi kat sana kitorang bersyukur sebab berada di Malaysia.







selain tu team Rural medical ni pun distribute beras untuk orang2 tertentu..aku tak tahu la kriteria apa untuk diorang dapat beras tp,ak rasa mcm semua orang je dapat.nak cari yang ada duit dan senang kat sini susah weh .masa lepas maghrib tu baru kitorang kemas2 alatan semua nak balik ke guest house. seharian yang sangat penat dan menggembirakan namun penuh pengalaman istimewa,belajar benda baru,orang baru,budaya dan bahasa baru..




Terima kasih Yazid kerana banyak membantu.jumpa lagi di pertemuan lain InsyaALLAH



p/s..penat2 pun malam tu sempat lagi turun lobi nk bergambar..jumpa esok..