BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 1, 2012

tanggungjawab anak2 kepada ibu bapa

aku tak faham dengan lelaki yang tak berapa berkenan bila isteri cakap nak jaga parents diorang(ibu bapa perempuan) tapi,selalu suruh isteri lebih2 kan parents diorang(lelaki nye parents). aku cakap 'hello.aku xde parents?'


aku tak tahu lah..yes,dalam islam kata ibu bapa adalah tanggungjawab anak lelaki..tapi,ayah aku tak ada anak lelaki..sape nk jaga dia nanti kalau bukan kitorang..

aku tak faham betul dengan apa yang aku tengok dan dengar..tak nak bagi isteri balik rumah jenguk parents sbb dia kata suami perlu diutamakan lebih dari ibu bapa..kalau balik rumah parents tanpa izin suami,dia kata isteri dia derhaka..

dan hello,kau dapat aku masa aku dah 20 tahun lebih ok...kau jaga aku waktu kecik?tak..kau bagi aku kasih sayang waktu kecik?tak..kau bagi aku tempat berlindung,isi perut,jaga aku time ak sakit?? ok..bagus ..tak kan?jadi,sebesar2 hak kau sebagai suami,apa hak kau nak pisah kan aku dengan orang yang bagi nyawa dan kehidupan untuk aku?aku tak faham jenis spesies lelaki macam tuh...ape ke perangai nak suruh lebihkan parents dia sedangkan parents perempuan ni terkapai2..

bagi aku,it's not that i will neglect your parents while u have to love my parents..it just that you have to love and respect my parents as much as i do to your parents la kan..sebab we both owe our parents so much..even money cant repay back what they have done to us..we BOTH ok..

nih,aku cari untuk lelaki baca..kalau la kau depan mata aku,aku nak korek2 bijik mata kau bagi baca,,( ok ni bukan kisah aku..terang-terang aku belum kahwin ok)



Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita tadi kepada suaminya.


Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?


Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.


Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .


Kedua-duanya (suami dan isteri)  wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak)  selagi ada hayatnya di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas tanggungjawab dan berbakti kepada orang tuanya. Jika dia mampu dia juga hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. 


Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tua nya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding dengan anak perempuan, ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.

Namun pendapat yg mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Cuba bayangkan jika ibu bapa itu mempunyai 6 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan adakah penat lelah selama mereka membesarkan anak-anaknya langsung tidak akan dihargai anak-anaknya selepas anak-anak tersebut berumah tangga? Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak perempuan semuanya.

Di zaman sekarang telah berubah, semua perempuan telah berkerjaya, seharusnya kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara mereka semuanya.


Walaubagaimana pun sebelum apa-apa bantuan yang ingin diberikan, isteri perlulah meminta  keizinan dan redha daripada suami, sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.



aku tahu redha isteri adalah redha suaminya..tapi,suami tu kena faham yang dia tak ada hak lansung untuk putuskan atau halang isteri dia untuk balik dan jaga ibu bapa dia..aihh,time nak dtang mintak nak pinang dulu,pijak semut pun xmampus..

untuk awak,ececeh:awak jangan risau..saya akan jaga dua2 ibu bapa kita leklok..awak kena hormat dan sayang ibu bapa saya sama macam saya sayang ibu dan bapa awak,ya?sebab saya tahu sy dapat awak pun masa awk dh berjaya dan itu adalah jasa ibu bapa awak..sama la dengan saya pun =)) (kikiki)


aku punya tanggungjawab besar terhadap dua insan di atas..


p/s:ibu aku pernah pesan 'carilah suami yang boleh jadi anak kepada papa'..wahhh...insyaALLAH.

papa xberapa sihat..aku risau..aku sangat risau..semoga 2,3 hari lagi dia ok...T_T

0 komen: