BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 16, 2011

CERITA ANJING JILAT LUKA..

ni ada satu kisah yang terjadi depan mata aku sendiri..scary tu memang sangat la..tadi,ad patient datang klinik tempat ak posting untuk wound dressing (cuci luka)..kaki dia berbalut dari bahagian buku lali sampai ke lutut..bila bukak je,ak rasa dah loya sakan..aku boleh tahan darah tp,ak masih xboleh nak tolerate dengan benda2 yang macam basah..sebab luka dia xberdarah tp,macam warna light pink yang penuh dengan pus dan basah2..aku dah xtahan,ak duduk jap..lepas tu aku memang kena tengok balik la..jangan duk buat lemah lembik sangat la..ambik2 history taking..rupa2 nya luka dia tu kena infection..kuman..

asalnya uncle cina ni terlanggar batang kayu manggar orang kahwin tu..kiranya luka dia sebesar duit syiling 10 sen je..tp,orang cina ni percaya luka boleh sembuh cepat kalau anjing jilat..nak kata bodoh tu,xboleh la sebab kepercayaan diorang kan..jadi,hari-hari la uncle ni suruh anjing dia jilat luka dia berbulan-bulan lamanya..xtahu lah dia perasan ke tidak luka dia dah makin membesar..sampai lepas berbulan2,dah bengkak2,dah naik blister segala macam baru dia pergi ke hospital..bayang kan luka yang sekecil duit syiling 10 cen sampai separuh kaki dia berkudis..bahagian tapak kaki dia bengkak dan keluar nanah dan air..dari buku lali sampai ke lutut pulak,kulit dah jadi kering macam bersisik,darah xberhenti,dengan pus warna putih..benda tu dah berlarutan 11 bulan xelok2 sampai harini..


kenapa orang islam memang mengharam kan pemeliharan anjing.sebab banyak buruk dari baiknya.walaupun anjing dipelihara dengan cara bersih sekalipun,air liur dia masih paling bahaya.air liur anjing mengandungi macam-macam jenis kuman bila kuman tu masuk,dia akan serang organ2 dalaman lebih2 lagi sel saraf..pernah dengar penyakit rabies x?penyakit yang disebabkan oleh gigitan anjing gila?yang serang saraf boleh sebabkan kematian....


dalam satu hadis berkata


Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda,
Sucinya wadah seseorang saat dijilat anjing adalah dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan menggunakan tanah.





kenapa islam menyarankan kita membasuh dengan tanah..untuk pengetahun,,tanah ni menurut ilmu kedoktoran modern diketahui mengandung dua materials yang dapat membunuh kuman-kuman, iaitu: tetracycline dan tetarolite. Dua unsur ini digunakan untuk proses pembasmian (sterilisasi) beberapa kuman salah satunya kuman dari pada anjing.kekuatan tanah dalam menghentikan reaksi air liur anjing dan virus-virus di dalamnya lebih besar kerana perbezaan dalam daya tekan pada wilayah antara cairan (air liur anjing) dan tanah. .


ISLAM itu HEBAT kan?penyelesaian untuk setiap masalah.Sungguh, apa-apa yang ditetapkan Allah, ada manfaat yang bisa diambil.


TADAAAAAAAAAAAA....





nampak comel kan?.....






















yang cantik itu membunuh =)











RUMAH ORANG TUA SRI KENANGAN

harini kitorg g rumah orang2 tua sri kenangan..pengalaman tu mengajar kita erti hidup,kan..
nama lagi rumah orang tua,memang orang-orang tua je lah..
sepatutnya pukul 2dah kena ada kat sana..tp,atas sebab-sebab yang tertentu,agak lewat jugak la kami sampai..


first session kitorang dibawak melawat asrama2 diorang..merbuk,melati..sebijik macam asrama budak2 yang kita selalu tengok..yang berbeza,penghuninya adalah orang-orang tua..kebanyakan penghuni kat sini adalah pengemis2 tua yang ditangkap jabatan masyarakat..ad juga yang sendiri nak masuk..tp,sangat sedikit yang masuk rela hati..kebanyakan nya yang ad mental disorder..nyanyuk,depress sampai mengganggu minda...


lepas tu,kitorang kena pair up untuk g clerk atau interview penghuni-penghuni kat situ...ada yang sangat excited tgk kami..ada yang buat tak tahu je..tp,kebanyakannya sangat teruja ..mugkin disebabkan white coat yang kami pakai..


ak dengan partner ak interview sorang pak cik ni..yang buat kitorg terkejut,pak cik ni melayu tp pandai cakap English wa cakap lu!..kitorg teka umur dia dalam 50-60 mcm tu lah..rupa2 nya dah 75 dah..masih sihat,ceria,gembira..entah lah apa dalam hati dia,ak pun xdapat nak selami..yang dia cerita,dia ada anak ..10 0rang!dengan dua isteri..tp,dua2 dia dah bercerai..yang sedih nya dengan anak seramai 10 orang,dia still end up dekat rumah orang2 tua..tp,ayah mana xsayang anak..walaupun memang sah2 dia terbuang tp dia masih xmemburukkan anak2 dia sepanjang dia bercerita..semua nya baik2..semuanya indah2..betul lah,hakikatnya sekarang,seorang ayah mampu jaga anak 10 orang,tp 10 orang anak tu belum tentu boleh jaga seorang ayah..
pak cik yang ak clerk tu,dia kata dia sangat bahagia kat situ.dia berkebun,dekat rumah sri kenangan tu,tempat tu sediakan dia tanah untuk dia berkebun..hasilnya dia jual...


ad jugak pak cik yang dulu kaya raya,bussinessman berpuluh2 tahun tp end up dekat situ jgk sebab bisness dia bankrupt.tp,dia kata mungkin ad sebab kenapa dia bankrupt..mungkin dah sampai masa dia berehat..


kami ada tanya soklan2 nakal..'xingin kawin ke pak cik'?..tp,kebanyakan diorang cakap umur2 mcm tu dah xade dah rasa nak kahwin..all are gone..dah lepas..kitorang gelak2 je dengar..dan semestinya bercakap dengan orang tua ,memang banyak nasihat yang diorang bagi...


p/s:tiba2 teringat papa ak kat rumah..dah 52 tahun dia tahun depan...semoga dia panjang umur..lelaki yang xpernah sekalipun menghampakan aku..menidakkan permintaan ak..menafikan keperluan ak..xpernah sekali pun..walaupun ada permintaan ak yang dia xmampu tunaikan terus,tp,ak tahu apa yang ak sebut,dia akan ingat dan akan pastikan benda tu ad..semoga dia sudah hampir berjaya mendidik aku..sabar,pa..2 and a half years more,and everything will be ok..and everything will be settled...no,i wont abandon u n my ibu..dan papa adalah satu2 nya lelaki dalam hidup aku..

Monday, November 14, 2011

mitc..

mitc adalah singkatan untuk Medicine In The Community..which means kami akan dilemparkan jauh untuk jumpa masyarakat yang jauh dr bandar,jauh dari segala kemudahan dan masih jauh dari kemajuan..


well,xsedikit tp sebanyak,aku sendiri la..banyak belajar,banyak rasa bersyukur,banyak rasa macam2..kesian,sedih sakit..yang hari2 duk tgk orang sakit kat hospital satu hal..ni yang lagi teruk..papa aku kan MA(medical assistant)..jadi,dari dulu lagi ak dah terbiasa ikut papa aku masuk kampung,tgk betapa daifnya hidup diorang..ada sesetengah tu mak pun sakit mental,ayah pun sakit mental..dua2 bergantung kat ubat..anak pulak terbiar..mental disorder ni penyakit genetic..tp,ramai la pulak anak2 diorang..rezeki Allah kot..bila nampak je,anak2 diorang datang beratur,entah apa yang diorang tgk..nasib baek ak dah prepare coklat..yang xdapat tu ak kasi duit sikit..duit budak2,bnyk mana sangat lah kan..lepas tu,berterabur diorang sambung main


sesusah orang asli,aku rasa agak bangga la.. eceehhhh...masa ka kat klinik kesihatan,ramai je orang asli datang ke klinik nak mintak pil perancang..nak merancang keluarga..bagus jugak kementerian kesihatan..sampai orang asli pun tahu pasal benda2 tu..aku pun dah banyak tahu ni..agagaga..sampai boleh nasihat mak aku.


basically MITC posting ni banyak ajar pasal cara nak bergaul dengan masyarakat.bergaul dengan orang yang berlainan dari kita..nak treat patient yg kaya maya tu lain..yang sedrhana ni lain..buat procedure..lain pesakit yang datang dekat hospital dengan klinik..


bila kitorg pergi batu gajah,the first thing yang ak notice,bangunan dia yg sgt scary mary..120 tahun weh bangunan tuh..belakang ada hutan dengan kubur Kristiann..kena on call malam2,memang xberani jalan sorang2..ketaq lutut orang kedah kata..




all of all,mmg best walaupun sangat letih...bayangkan ad hari2 jadual buat gila..kelas start pukul 8 pg smpai 9 mlm kat batu gajah..ad plak pukul 6.30 pagi van dah nak jalan..so,6.15 pagi dah kena siap keluar rumah...

















ni la budak2 group aku..aku yang manakah??

Thursday, November 3, 2011

bila aku pakai shawl..

aku rasa peristiwa ni memang sengal...

dulu ak ke kelas kalau bangun awal,ad la jgk ak belit2 shawl..kira rajin jgk la berbelit2 nih...kalau ak bangun lewat,xdapat la..masa ak masuk phase 2A,ak pernah berbelit2 jugak jgk..hehehe...suka kan bila ad orang puji kita sesuai pakai shawl..
pagi tuh,ak ad kelas bedside dgn dr.X..entah ape nasib ak malang ak pun xtahu la..dia suh ak buat examination kat patient..masa ak nak sumbat stetoskop,baru aku teringat..alamak.ak xtahu nk sumbat celah mana sbb shawl tu berbelit2..gila ba** malu sbb ak nmpk sgt terkial2..last2 ak buat muka sposen kat depan doktor mntak dia suh student lain..ape lagi..memang kena maki hamun la dgn dooktor..dia tanya ak nk masuk hospital ke nk pergi mall..dia suruh sumbat stetoskop kat hidung.nsb bek lubang hidung ak xbesar jadi stetoskop nye telinga xleh masukdia kata pakai bnda ni xsesuai kat hospital sebab prone to get infection..dengan rambu2 segala bagai...dia kata macam2 lagi lah..malu tu xpayah nk citer la..patient ak tuh terkebil2 xfaham..ak buat2 sengih..nasib bek patient tu dah agak berumur..first time ak glad doktor marah ak dalam bahasa inggeris,sbb ak sgt pasti patient tu xfaham sepenuhnya apa doktor cakap..lepas tu kalau org tanya je ak xteringin nk pakai shawl ke.ak cakap je 'nnt kena sumbat stetoskop kat luabng hidung'..padahal dalam almari ak agak beberapa helai shawl tu..lepas haritu,tiap kali ak bangun pagi,teringin je nk pakai shawl,ak pk 40 kali sbb takut doktor suh ak sumbat stetoskop lagi..
jadi bila ak belit benda alah tu..?sebelum ak tdo,ak peruntukkan 15 minit sbb nk belit dan tengok ak still ada bakat tak nk bershawl2 ni..muahahahaha..mmg sengal weh...kadang2 pakai baju tdo,bershawl bagai..semata2


lagi sebab ak malas ialah sbbnya ak naik motor...ak rs melayang2 je shawl tu..smpai kolej,hancur lunyai apa yg ak belit pg td...nant ar bila ak pakai kete,nk kuar p mana2 ,boleh la pakai selendang lg..sekarang ni,jgn duk over sgt lahai nk berbelit sakan last2 panjat motor ngn helmet sampai kelempeng

lagi satu sebab ak malas pakai ialah kalau ak pakai shawl,ramai nk ngorat..poooodahhhhhhhhhhhhh..hahaha...bye

Tuesday, November 1, 2011

perempuan itu...

perempuan itu

yg wajahnya masih bersih walaupun tanpa secalit mekap
masih menawan walaupun tanpa selendang warna warni yg melilit
masih indah dengan hanya senyuman di bibir
masih cantik walaupun peluh sudah bersisa

perempuan itu

hatinya masih cantik walaupun sudah lama berdarah
hatinya masih lembut meskipun dia memendam luka
hatinya masih tabah melalui hari2
hatinya masih lagi belum mati

perempuan itu
alangkah tingginya pekerti
alangkah indahnya budi
alangkah sucinya sekeping hati
alangkah kuatnya diri

perempuan itu

ak sangat kagumi..
dan ak sangat iri hati..........

Saturday, October 29, 2011

'balak ak datang ak convo la'..

oh well,setelah berimigrasi dari satu kawasan ke satu kawasan,akhirnya dapat mengadap laptop n tengok blog yg entah pape ni...seminggu lepas ak kat umah...masa minggu yg ramai-ramai duk kalut post gambar konvo tu,family ak punya 'sedara jauh2' ak pun konvo..belah ayah ke mak,xkisah la...yang nak dijadikan point nya,kitorang xpergi sbb mcm menyemak je..kakak ak konvo pun kitorg n mak sedara yg mmg duk area kl yang pergi..
mak aku duk tgk gambar2 kat laptop ak..lepaas tu tetiba terkeluar lah gambar sedara ak yang tengah konvo ni dengan ehem3 dia..bukan tunang,suami jauh sekali..boleh dikatakan satu album yang dia kasi kat ak penuh gambar dia dengan lelaki tu je..of course la kitorang xkenal kan..belek punya belek,mcm2 posing..lepas tu habis..gambar dengan parents dia boleh kira dengan jari je lah..mungkin la parents diorang malas nk bergambar..maklumlah orang tua ni selalunya bkn camera holic macm kita..tp,xkan lah adik2 dia yang ala2 sebaya pun jenis pemalu jgk...


lepas tu mak ak ape lagi..mula la 'berceramah' pasal trend sekarang ni..mak ak kata 'esok2,kalau kak mie grad ke,aida grad plk ke,ibu xkisah kalau ada kawan2 lelaki ke perempuan nak datang..nak meraikan.ye lah,nak tumpang gembira.xpe,xde masalah..tp,jangan la ambik tempat ibu dgn papa..'ak diam..xdapat apa yang mak ak nak sampaikan..dia mcm nak nangis..aisyy,mak ak ni..makin berumur,makin lembut plk hati dia..dia sambung 'dari kecik lagi ibu dengan papa tunggu bila la anak ibu nak pakai jubah tu,nk pakai topi tu,nak ad gambar pegang ijazah tu..tp,bila sampai haritu,orang lain yg didahulukan,xke rasa sedih mak ayah yang mcm ibu papa ni'..oo..ak dah dpt tangkap..dia sambung lagi 'kalau dah jd suami tu,xboleh nk kata la..kalau tunang pun ibu boleh terima lagi.ni xjadi ape2..belum tentu kahwin pun lagi'..ak diam berfikir..memang kata2 org tua yang bnyk pengalaman ni menyentap..terutama tang 'dr kecik lagi............'..ak pun diam lagi sbb ak tahu point mak ak tuh mengena..sbb ak pun hairan la dgn trend mcm tuh...setakat pangkat balak je,perlu ke hari bersejarah tu nak  bertempek sampai malam jgk?tp,ak takut la benda tu jd kat ak..mak ak kata lagi 'xtahu la ibu..harap2 xdok anak2 ibu hk lagu ni (mcm ni)..gewe2(teman lelaki/perempuan) jumpa n dapat awok2 semua tu ms besar doh..lawa cukup lengkap dh.tp,yg duk perati,basuh berak kencing ,duk ajar siang malam kenal abc,susah payah,ibu dgn papa jh..masa tu gewe loni pun bekali (mungkin) mak dia lg duk tlg basuh berak..'lepas tu ibu ak apa lagi..bertitik2..
ak pun gurau2 je la..saje xnak bg suasana tegang..'alaa,kalau diorg xdtg,xdpt bnyk bunga teddy la..hehehe'..ibu ak jawab 'xpe..xkisah nk datang..tambah2 kalau boyfren kak mie nk datang...nampak la dia bersungguh dan boleh jgk nk meraikan hari gembira tp,xpyh la sampai sehari suntuk nk berdempek..ambik2 gmbar,pastu dah la..biar lah selebihnya dgn keluarga.nk g makan2 ke..ni,family selain ibu papa ni dh la xkenal dia,mcm mn nk melayan..last2,yg konvo tu asyik duk melayan dia je smpai xingat doh ad family ni..lepashari tu,esok2 nk celebrate skali pun,pergi la'..
sbb ibu ak kata dia suka kalau diorang dtg..xdtg kan nmpk menyombong plak..tp,berpada2 la..


dapat point tu tak?ak pun xreti ah nk cakap..aku?uiiiii..boypreng pun xde..boyprank ade la..ak cakap kat ibu ak time ak grad nnt,nk ajak yg terdekat,yg terpenting datang tgk..lelaki ke perempuan ke..ibu ak suruh ajak..xkisah...cuma,pandai2 la bawak diri..


tp,depend kat family tu jgk,ad yg ok ,ad yg xok...tp,ibu ak jawab 'dah lelaki/perempuan tu duk ikut smpai mlm,xkan la nk halau..buat xtahu je la..dalam hati,sape yg tahu perasaan ibu bapa ni'..


ape korang pk?kadang2 manusia zaman sekarang memang nak sambut hari gembira tu dengan orang tersayang..entah,depend la kat orang..


maaf la kalau ad nk kata family ak kolot..tp,serasa ak,family ak mementingkan kekeluargaan..well,utk bakal suami kakak ak,bakal suami ak,bakal suami adik2 aku,selamat datang.once korang dah jd part of our family,ak gerenti korang bukan menantu tp anak kepada ibu ak..ececehhhh...sbb bu ak xde anak lelaki...huahuahua

Sunday, September 18, 2011

aku..

stresss!tu best word ke nk decribe diri sendiri..xkot..seksa?mungkin...tersangat..mungkin jgk...hidup terasa gembira bila selalu rasa dihargai( ni ak tgh dgr iklan)..hidup terlalu gembira satu ketika dahulu...mungkin ad ketika duka bertandang.tp,ak pasti xsesakit kini..sgt pasti..entah ap yg mencengkam hati sekarang smpai  terasa tiap2 masa ia dikoyak..rabak..cuba mengukir senyuman..tp,akhirnya tewas dalam kenangan..dia kata kau dan ak bukan kita yg dulu..tp ak rs kau bukan yg dulu sedangkan ak masih sama..hati yg sama..harini?ak xpasti...utk persoalan kau?ya,persekitaran merubah kau..persekitaran merubah hubungn kita dan persekitaran merubah perasaan kau..bukan ak..di saat ak sudah membenarkan,mengizinkan sekeping hati dimiliki,xade ape yg berubah..cuma,kau yg terlalu lemah..terus mengalah dan akhirnya ak yg  terpaksa dipapah...sedangkan hati yang ak ad hanya sekeping itu cuma


terlalu bnyk kenapa..tp,xada kerana..
terlalu bnyk persoalan,hingga ak jd kelam..
terlalu bnyk cerita,hingga timbulnya derita..
kau xpernah melihat ak..melihat bahagia yg ak rasa..yg kau nmpk cuma derita,lalu kau buat keputusan..kononnya kerana ak..tp,kau lupa,keputusan kau membunuh ak..sedikit demi sedikit..hari demi hari..saat demi saat..menjadikan ak siapa ak saat ini...tanpa rasa..sedangkan keputusan tu hanya berlandaskan apa kau rasa dan andaian kau semata2


ak xtahu apa yg merasuk minda sampai berani menaip perkataan yg xpernah ak rasa nk tulis...mgkn sebab mimpi buruk yg buat mlm2 ak serba xkena..termasuklah semalam..juga sbb kdg2 terbangun dengan air mata tiba2...biarlah org bc sbb bkn satu dunia.ak yakin hanya seorang dua yg merasa.yg lain hanya curiga..


permainan ini akan berterusan,bukan?dan ak yg akan terus merasa,bukan?ya,mcm ni lah yang kau kata terbaik utk ak...


~trima kaseh utk semua manusia~
~salam~